Debate Malaysia: Sistem dua parti perlu

KLANG – Debate Malaysia mencungkilkan keperluan masyarakat India termasuk keperluan menambahkan ekuiti, menyelesaikan masalah Mykad, sekolah Tamil dan perlunya ada sistem dua parti bagi mewujudkan persaingan pentadbiran yang sihat.

Debate Malaysia-Pendidikan Pengundi (Voter education) dalam bahasa tamil  telah diadakan bagi membincangkan isu-isu utama masyarakat India.

Panelist-panelist utama bagi forum ini ialah Penasihat Tamil Foundation K Arumugam, Ahli Parlimen Klang Charles Santiago, S Ramakrishnan speaker Dewan negara, serta David Anand, pengasas Debate Malaysia sebagai moderator dalam  sessi forum ini.

Ekuiti

Mengikut Charles Satiago, Hak equiti 1.6% yang dimiliki oleh masyarakat India, hanya dimonopoli oleh segelintir golongan sahaja. Malah sekumpulan besar masyarakat India yang terlibat dalam perniagaan SME memerlukan bantuan khas bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Charles Santiago, mempersoalkan “apakah pelan tindakan yang telah dirangka oleh kerajaan bagi meningkatkan equiti masyarakat India kepada 3% seperti yang telah dijanjikan”.

Politik

Dalam memperkatakan mengenai isu politik, Dr Ramakrishnan mengakui perlunya ada sistem dua parti bagi mewujudkan persaingan yang sihat. Beliau juga berpendapatan bahawa perubahan dalam politik amat penting bagi membawa pembaharuan dan tidak berlaku salah guna kuasa.

Kepercayaan yang diberikan kepada pemimpin-pemimpin kerajaan tidak harus disalahgunakan maka bagi menegakan keadilan yang semakin kikis ini, maka perubahan dalam arena politik amat diperlukan.

Bercakap mengenai parti mana dan siapa yang boleh menangani pelbagai masalah-masalah ini.

Penasihat Foundation Tamil K Arumugam menyatakan tidak kira parti mana yang menerajui kerajaan tetapi yang penting adalah kepimpinan “bolehkan pemimpin tersebut memberi jaminan akan menuntut hak kaum India sebagai warga Malaysia tanpa mengira bangsa?”.

Tambah beliau kita tidak boleh lari dari kenyataan bahawa sememangnya wujud fenomena berasaskan bangsa di Malaysia.

Sekolah Tamil.

Menjawab persoalan tanah bagi pembinaan sekolah tamil yang masih tertunggak. K Arumugam menyatakan alasan tiada tanah untuk membina sekolah tamil tidak boleh diterima kerana ‘kalau hendak seribu daya kalau tak nak seribu dalih”.

Tambah beliau sekiranya padang golf boleh tumbuh disana-sini apa tidaknya sekolah Tamil untuk keperluan pertambahan pelajar di Negeri ini.

Tanpa kewarganegaraan (Statelessness)

Ramai masyarakat India masih belum mempunyai MyKad yang menidakkan hak kerakyatan walaupun telah menetap di Malaysia sejak kemerdekaan.

Rajeswari