Orang Asli serah memo kepada MB Negeri Sembilan

Orang Asli serah memo kepada MB Negeri Sembilan

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menerima memorandum berhubung isu pewartaan status tanah kaum minoriti di Negeri Sembilan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menerima memorandum yang diserahkan pihak yang mendakwa sebagai Jaringan Kampung Orang Asli Negeri Sembilan berhubung isu pewartaan status tanah kaum minoriti di Negeri Sembilan.

Mohamad turut bertemu wakil Orang Asli itu, dengan kira-kira 100 lagi penduduk Orang Asli itu pula berkumpul di depan Wisma Negeri, di sini sebagai tanda bantahan kumpulan terbabit terhadap laporan yang mendakwa kerajaan negeri tidak memikirkan sensitiviti masyarakat Orang Asli di negeri ini.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Mohamad berkata laporan yang disiarkan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu itu telah disalah erti kumpulan terbabit.

“Kita sebenarnya mahu tolong mereka. Kita mahu mewartakan status tanah menjadi Rizab Orang Asli yang sebelum ini berstatus hutan simpan kekal,” katanya.

See also  KitKat and EPIC Homes partner to transform Orang Asli communities this Ramadan

Mohamad berkata laporan itu dimanipulasi pihak pembangkang yang mahu kaum minoriti itu membantah tindakan kerajaan negeri yang sebenarnya ingin melindungi hak Orang Asli.

“Kita bukan mahu mengambil hak mereka. Mereka perlu faham apa yang kita mahu lakukan iaitu memberikan perlindungan dan kesejahteraan kepada mereka,” katanya.

Pada 23 Sept lepas, akhbar Utusan Malaysia melaporkan lebih 7,000 Orang Asli yang menetap di 68 perkampungan membabitkan tanah seluas 1,650 hektar sekitar negeri ini bakal menerima status pemilikan tanah tetap apabila kerajaan negeri memutuskan untuk mewartakan tanah berstatus hutan simpan kekal untuk dijadikan milik kaum minoriti itu.

Insiatif yang diambil oleh kerajaan negeri itu bertujuan memastikan pembangunan Orang Asli tidak dipinggirkan sekali gus melindungi hak kaum itu.

See also  KitKat and EPIC Homes partner to transform Orang Asli communities this Ramadan

– Bernama