Rakyat Malaysia paling ramai dengar radio di Asia Pasifik

Rakyat Malaysia paling ramai dengar radio di Asia Pasifik

Rakyat Malaysia merupakan pendengar radio paling ramai di Asia Pasifik dengan purata masa pendengaran 21 jam dan 34 minit seminggu, menurut RAM Nielsen.

Rakyat Malaysia merupakan pendengar radio paling ramai di Asia Pasifik dengan purata masa pendengaran 21 jam dan 34 minit seminggu, menurut Pengukuran Pendengar Radio (RAM) Nielsen.

Nielsen berkata berdasarkan survei baru-baru ini, didapati sembilan dari 10 pengguna di Semenanjung Malaysia berumur 10 tahun ke atas mendengar radio.

“Purata masa untuk mendengar siaran radio di Malaysia adalah yang tertinggi di kalangan enam pasaran Asia Pasifik yang diliputi survei berkenaan,” kata kenyataan Nielsen.

Survei berkenaan mewakili 3,000 individu sebagai sampel yang dijalankan dari 7 Mac hingga 2 Okt lalu.

Nielsen juga berkata perbelanjaan pengiklanan di radio antara Januari dan September 2011 meningkat kepada 8.9 peratus (RM315.3 juta) berbanding tempoh yang sama tahun lalu, yang mewakili 4.4 peratus jumlah keseluruhan perbelanjaan pengiklanan di Malaysia tidak termasuk classified.

See also  Gelly Wee: Bridal bliss with record-breaking event

Pengarah Urusan bahagian media Nielsen di Malaysia, Danyal Abdul Malik berkata keputusan survei itu juga menunjukkan radio mengekalkan tarikannya di kalangan pengguna Malaysia.

Presiden Radio Komersial Malaysia, Datuk Borhanuddin Osman pula berkata jumlah pendengar mingguan radio di Malaysia terus meningkat terutama di kalangan mereka yang mendengar siaran dalam bahasa Inggeris.

– Bernama