Sukarelawan UUM sedia menghulurkan bantuan banjir

Sukarelawan UUM sedia menghulurkan bantuan banjir

UUM yang terdiri daripada penuntut dan kakitangan universiti itu bersiap sedia menghulurkan bantuan kepada masyarakat jika berlaku banjir.

Para sukarelawan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terdiri daripada penuntut dan kakitangan universiti itu bersiap sedia menghulurkan bantuan kepada masyarakat jika berlaku banjir.

Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata persediaan setiap aspek meliputi keselamatan, penyediaan makanan, peralatan dan perhubungan bagi menghulurkan bantuan kepada masyarakat sekitar yang terlibat dengan banjir telah dilakukan.

“Mesyuarat dan pemantauan sentiasa dilakukan termasuk mengemas kini data dan perkara yang diperlukan daripada segi logistik, keselamatan dan sebagainya sementara menunggu arahan daripada Majlis Keselamatan Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pasukan sukarelawan UUM sebelum ini telah membantu mangsa banjir di Johor, Kedah dan Perlis.

See also  MCTF champions sustainability for future workforce

– Bernama