Wilfred Bumburing keluar dari BN

TUARAN – Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing mengambil keputusan untuk keluar daripada BN kerana isu kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah belum lagi diselesaikan.

 

Slogan “Tukar!” telah dijadikan penyuntik semangat rakyat Sabah untuk bersatu hati untuk  menukar kerajaan dalam majlis pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) oleh Datuk Seri Wilfred Bumburing, yang telah diadakan di Dalit baru-baru ini.

Majlis ini juga dihadiri oleh pemimpin PKR, SAPP, DAP dan Pas.

Menurut Bumburing, APS bukanlah sebuah badan pertubuhan politik tetapi merupakan sebuah badan seperti NGO yang bertujuan untk menyatupadukan rakyat Sabah dari berbagai aliran politik.

Beliau yang merupakan ahli parlimen bagi kawasan Tuaran yang menang di atas tiket BN pada PRU ke-12 yang lalu telah mengistiharkan dirinya keluar daripada parti BN dan seterusnya menyatakan sokonganya kepada perjuangan gagasan parti-parti dalam Pakatan Rakyat di hadapan lebih daripada 5000 hadirin.

Beliau mengambil keputusan ini setelah melihat pendirian BN terhadap isu kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah yang belum lagi diselesaikan.

Menurut beliau, lebih kurang 250,000 PATI yang telah mendapat MyKad telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih di Sabah dan akan mengundi pada PRU ke-13 nanti.

Di penghujung majlis, suatu upacara tandatangan di antara beliau dan Anwar Ibrahim telah disempurnakan sebagai tanda  kerjasama dan persefahaman diantara kedua-dua pihak dalam matlamat untuk merampas Putrajaya dari BN pada pilihanraya kali ini.

ftnicholas

Citizen Journalist Malaysia trained by Malaysiakini.