Penyalahgunaan tanah awam untuk pembangunan

ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong mempertikaikan tindakan kerajaan yang mengambil tanah awam untuk tujuan pembangunan awam tetapi tidak memberi sebarang manfaat kepada masyarakat.

Tanah awam tersebut telah ditukar kepada tanah komersil dan terpesong dari tujuan asal pengambilan tanah tersebut.

Pengambilan tanah berlaku ke atas tanah Lot 190, 5071 mukim Bandar Bukit Baru, Seksyen 11, Daerah Melaka Tengah, Melaka.

Kerajaan negeri Melaka telah menggunakan Akta Tanah bagi pengambilan tanah tersebut tetapi selepas pengambilan tanah pada Mac tahun ini, sebuah syarikat yang dilantik telah menjalankan projek pembangunan.

Khoo berkata bahwa Akta Pengambilan Tanah Seksyen 3 di bawah Akta Pengambilan Tanah (1) yang merujuk bahawasanya pihak berkuasa negeri boleh mengambil mana-mana tanah yang diperlukan (bagi apa-apa maksud awam).

Jelas Khoo lagi, apa-apa yang dimaksudkan awam ialah apa-apa jalan, landasan pengangkutan, bekalan air, elektrik, talian paip gas, telekomunikasi, lampu jalan, sistem pembentungan, sistem pemparitan, kerja-kerja awam dan apa-apa perkhidmatan atau kemudahan awam yang serupa.

Jelas menunjukkan bahawa akta tersebut tidak mencapai objektif pengambilan tanah awam. Jika tanah awam untuk tujuan awam maka hendaklah disempurnakan untuk tujuan awam seperti yang termaktub dalam akta tanah.

Orang ramai pada ketika itu beranggapan bahawa kerajaan akan mengambil tanah bagi tujuan melebarkan jalan yang sememangnya sudah sempit sebaliknya pembinaan kedai pejabat bertingkat.

Beliau juga berpendapat bahawa kerajaan negeri mengunakan akta ini bagi tujuan pihak tertentu sahaja dan beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan akan melantik peguam serta akan mencabar keputusan kerajaan di Mahkamah Tinggi.

 

Azmi

Photographer