Perompak berparang

KLANG – Kumpulan perompak berparang melakukan operasi secara terancang di lembah Klang dan bagaimana hendak ditanganinya dan siapakah yang bertanggungjawab membanterasnya?


Kejadian perompak berparang telah menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Malah boleh dikatakan setiap hari kes perompak memasuki rumah untuk melakukan rompakan.

Kejadian ini telah menjadi satu rutin bagi kumpulan tersebut dan melakukan dengan begitu berani.

Kini persoalannya adakah kumpulan ini melakukan operasi secara terancang di lembah Klang dan bagaimana hendak ditanganinya dan siapakah yang betanggungjawab membanterasnya?

Klang sekitar Sentosa menjadi kawasan pilihanbagi perompak berparang.

Amutha yang menetap di Bandar Puteri Klang, terkejut apabila anak kecilnya di pegang oleh perompak dan  parangnya dihala ke arah leher anak kecilnya sekitar pukul 4.30pagi.

Ketika membuka mata tiga perompak telah berada di bilik tidur dengan masing-masing memegang parang.

Dalam samar-samar gelap ketiga-tiga lelaki India dalam lingkungan umur 20-an meminta untuk memberikan segala wang dan barang emas yang dipakai oleh Amutha.

Amutha dan suami tidak dapat berbuat apa-apa, kerana nyawa kedua-dua anak mereka kini berada ditangan perompak-perompak itu.

Seorang perompak lagi berada di tingkat bawah rumah mengawasi dan memberi isyarat kepada perompak-perompak di atas.

Bagaimana mereka boleh memasuki kawasan perumahan?

Mereka menggunakan pintu belakang kawasan perumahan yang berdekatan dengan padang yang hampir tasik dan memotong pagar bagi memudahkan untuk menceroboh kawasan perumahan.

Bagaimana mereka memasuki rumah?

“Mereka tuangkan asid pada tombol pintu pagar rumah  dan pintu rumah menyebabkan tombol itu tercabut secara sendirinya”, jelas Amutha. Begitu terancang sekali rompakan dilakukan.

Kes kedua- berlaku di Puchong, sekitar Sg Merbok melaporkan kes perompak-perompak yang mengeladah rumah sekitar pukul tiga petang.

Uncle Lim (tuan rumah) dalam lingkungan umur 50 tahun bersama isterinya telah dirompak oleh sekumpulan pemuda yang mungkin dari kumpulan yang sama. Perompak-perompak ini telah mengambil semua barangan seperti telephone bibit, laptop dan sebagainya.

Seorang lagi, Anne Yap, 45 tahun juga telah mengalami keadaan yang sama, malah perompak telah melakukan rompakan di rumahnya sebanyak dua kali dalam tempoh masa 6 bulan sahaja.

Kedua-dua rompakan telah dilakukan pada waktu siang. Dalam rompakan pertama, mereka telah mengangkut mesin basuhnya sekali.

Rompakan kedua masih berlaku walaupun pembaikpulihan terhadap pintu rumah dan peralatan keselamatan dipasang serta laporan polis dilakukan.

Kes yang sama, rompakan berparang telah dimaklumkan dan diedarkan melalui internet oleh rakannya di mana perompak berparang telah melakukan serangan yang amat dashyat terhadap dirinya dan juga kekasihnya.

Rajeswari