Taib: Sarawak boleh mengatasi kemelesetan ekonomi global

Taib: Sarawak boleh mengatasi kemelesetan ekonomi global

Ekonomi Sarawak akan terus berkembang tahun depan kerana kemelesetan ekonomi global dilihat mungkin mempunyai kesan minimum ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Ekonomi Sarawak akan terus berkembang tahun depan kerana kemelesetan ekonomi global dilihat mungkin mempunyai kesan minimum ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Taib, yang juga Menteri Kewangan negeri, berkata berdasarkan pertumbuhan ekonomi positif di China dan India, keadaan sama dijangka berlaku di negara Asia lain termasuk Malaysia.

“Kita percaya Sarawak boleh mengatasi kemelesetan ekonomi global dan pada masa sama, yakin perkembangan ekonomi negeri berada di landasan yang betul,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Barisan Nasional (BN) negeri dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sempena persidangan Dewan Undangan Negeri di ibu pejabat PBB di sini.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

Mengenai belanjawan negeri bagi 2012 yang dibentang esok, Taib yang juga pengerusi BN negeri dan presiden PBB, berkata belanjawan itu adalah belanjawan realistik yang memfokus kepada merangsang pertumbuhan ekonomi serta memperkukuh sumber pendapatan sedia ada.

Hanya dua rang undang-undang akan dibentangkan pada persidangan lapan hari yang bermula esok, iaitu Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 atau Belanjawan 2012 dan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2011.

Persidangan itu akan berakhir pada 23 Nov.

– Bernama