Kitar semula (5R) selamatkan bumi

PULAU KETAM – Aktiviti kitar semula 5R amat penting dilpraktikan dan diamalkan di semua tempat oleh semua individu bagi menyelamatkan bumi kita. Sekumpulan pelajar Alfa kolej telah merealisasikan amanat ini kepada diri mereka serta penduduk Pulau Ketam.

Aktiviti kitar semula amat penting dan perlu disemaikan dalam diri setiap individu. Sejauhmanakah kita mengetahui kepentingan kitar semula?

Sejak kebelakangan ini, ramai yang memperkatakan fenomena kepanasan global (global warming).

Segala aktiviti harian kita ada kaitan dengan gejala-gejala alam sekitar. Itulah yang sering diperkatakan dan dilakukan oleh kebanyakkan organisasi dan persatuan-persatuan NGOs yang memberi kepentingan kepada isu alam sekitar.

Apakah itu 5R

Refuse-Menolak mengguna barangan yang tidak dapat dikitar semula contohnya tisu,bekal Polystyrene, dan sebagainya

Reduce-Mengurangkan pembaziran dan pembuangan sampah, contohnya air, electrik,     penghawa dingin,

Repair-Membaiki dan mengurangkan pembelian barangan yang baru contohnya barangan elektrik boleh diperbaiki tidak perlu dibeli semula.

Reuse– Mengguna semula untuk memanjangkan hayat barangan contohnya pakaian,

Recycle– Mengitar Semula untuk mengurangkan pengunaan sumber alam-kebanyakkan barangan

 

Recycle atau kitar semula adalah prinsip kitar semula yang terakhir perlu dilakukan

Konsep yang boleh diamalkan ialah:

Gunakan dua tapak tangan anda untuk menyelamatkan bumi, kata Master Cheng Heng.

“Yayasan Tzu Chi Malaysia melakukan pelbagai aktiviti lobi dan kempen kesedaran bagi penyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar tidak kira dimana sahaja akibat dari pelbagai malapetaka yang sering berlaku yang sememangnya ada kaitan dengan sikap manusia yang cuai dan leka” kata Choong, pengelola kempen alam sekitar.

Cikgu Hamdan dari Kolej Alfa International menyatakan, “ Saya amat bangga dengan kerja-kerja kebajikan yang dilakukan oleh yayasan Tzu Chi Malaysia bagi menyedarkan pelajar-pelajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Saya rasa semua pelajar, remaja dan orang ramai perlu diberikan pendedahan sedemikian bagi membolehkan alam sekitar kita dijaga”.

Cikgu Hamdan yang mengajar mata pelajaran moral dan pendidikan Malaysia sering memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar beliau tentang kepentingan isu-isu persekitaran dan kemanusiaan kepada pelajar-pelajarnya.

Beliau mengharapkan semua institusi pendidikan juga melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah diluar kampus bagi pembentukan salasiah dan moral pelajar-pelajar daripada bergantung kepada kelulusan peperiksaan.

Rajeswari