“Smart Pay System” pantau penggunaan mintak bomba

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Negeri Sembilan hari ini melancarkan “Smart Pay System” bagi memudahkan pemantauan penggunaan bahan api oleh seluruh kenderaan jabatan itu di negeri ini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, sistem itu akan memantau penggunaan minyak oleh sesebuah kenderaan jabatan secara online dan maklumat tersebut akan direkod.

“Sistem ini akan membolehkan kita membuat analisis dan mengelakkan penyelewengan selain mengenalpasti suspek yang menyalahgunakan kad mengisi bahan
api,” katanya selepas majlis pelancaran sistem tersebut dan penyampaian pingat dan sijil penghargaan 30 tahun perkhidmatan jabatan itu.

Katanya, JBP Negeri Sembilan merupakan jabatan bomba yang pertama menggunakan sistem tersebut dan penggunaannya akan dikembangkan secara berperingkat ke seluruh negara.

Pada majlis itu seramai 99 orang pegawai JBP Negeri Sembilan yang telah berkhidmat melebihi 30 tahun menerima sijil penghargaan daripada Wan Mohd Nor.

– Bernama

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE