Pasukan Gamutra mengadakan persembahan di Sarawak

Pasukan Gamutra mengadakan persembahan di Sarawak

Gamutra dari Pantai Timur akan mengadakan persembahan selama tiga malam berturut-turut sempena Festival Gong Sarawak dari 18 hingga 20 Nov ini.

 

Gabungan Muzik Tradisional (Gamutra) dari Pantai Timur akan mengadakan persembahan selama tiga malam berturut-turut sempena Festival Gong Sarawak yang akan berlangsung di Kucing dari 18 hingga 20 Nov ini.

Setiausaha Majlis Kebudayaan Daerah Besut, Rozali Embong berkata pemuzik Gamutra akan mempersembahkan rangkaian lagu tradisional menggunakan alatan muzik tradisional yang digunakan di negeri-negeri Pantai Timur.

Katanya alatan yang akan digunakan untuk persembahan itu nanti ialah rebana ubi, gendang panjang, kertok, gendang mak yong, geduk wayang kulit, gong, serunai dan rebab yang kebanyakannya tidak terdapat di Sarawak.

“Ini merupakan pertama kali persembahan muzik tradisional Pantai Timur diadakan di Sarawak dengan mempersembahkan lagu-lagu tradisional tempatan seperti lagu Ulek Mayang, lagu rodat dan lagu dikir barat yang akan didendangkan dengan menggunakan rebana,” katanya.

See also  IKAT 2.0: Immersive batik experience arrives in Penang

Selain Terengganu, pasukan dari Negeri Sembilan juga akan mempersembahkan muzik rebana di festival itu nanti.

– Bernama