Pameran Tortura di Muzium Negeri Sembilan

Pameran Tortura di Muzium Negeri Sembilan

Lembaga Muzium Negeri Sembilan akan menganjurkan pameran Tortura: Alat Penyeksaan Zaman Silam di Muzium Negeri, pada 18 Nov ini hingga 17 Feb 2012.

Lembaga Muzium Negeri Sembilan akan menganjurkan pameran Tortura: Alat Penyeksaan Zaman Silam di Muzium Negeri, Jalan Sungai Ujong pada 18 Nov ini hingga 17 Feb 2012.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri Datuk Mohammad Razi Kail berkata pameran ini adalah pameran yang unik yang memaparkan lukisan, gambar rajah dan alatan penyeksaan sebenar yang dibawa dari pelbagai negara di Eropah.

“Tortura merupakan satu-satunya pameran yang membawa kita kepada cara-cara penyeksaan atau penderaan iaitu hukuman yang dilakukan di sekitar abad ke-14 hingga 16. Pada abad itu, manusia akan dihukum secara zalim hanya kerana perbezaan pendapat, keturunan, agama, bangsa, bahasa, kedudukan sosial dan jantina.

See also  APU Blockchain team wins big at ETHTaipei Hackathon

“Pameran in adalah suatu pengembaraan ke masa lampau di mana kita dapat menyaksikan bagaimana mangsa dieksploitasi sewaktu perbicaraan di Eropah pada abad tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Katanya tujuan penganjuran pameran ini ialah supaya masyarakat di Malaysia dapat mensyukuri nikmat keamanan dan kesejahteraan hidup serta turut merasai keinsafan dan menghargai betapa bertuahnya menjadi warganegara Malaysia.

Beliau berkata pameran ini akan dibuka kepada orang ramai mulai pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Bayaran masuk bagi orang dewasa adalah RM6 seorang manakala bagi kanak-kanak 12 tahun ke bawah RM3 seorang dan berkeluarga (dua dewasa dan dua kanak-kanak) RM16 satu keluarga.

– Bernama

See also  Xsolla Curine Academy and UM join forces in digital innovation