Latihan amal Tsunami peringkat Labuan hambar

Satu latihan Amal Tsunami peringkat Labuan diadakan khusus untuk menghadapi bencana tsunami kelmarin di sini.

Program yang diadakan secara serentak di Kudat, Sabah adalah bersempena dengan aktiviti  “Exercise Pacific Wave 2011 (Pacwave – 11) anjuran Intergovermental Group For The Tsunami Warning System.

Latihan ini telah melibatkan tiga buah kampung pesisiran pantai Laut China Selatan iaitu Kampung Layang-layangan, Sungai Labu dan Sungai Lada. Program ini dikelolakan secara bersama Perbadanan Labuan, Majlis Keselamatan Negara, Polis, Bomba dan beberapa agensi kerajaan lain yang terlibat dalam menangani masalah sekiranya berlaku bencana.

“Walaubagaimanapun objektif latihan ini dilihat tidak mencapai sasaranya,

Tuan Haji Tajudin - Ketua Kg. Sg. Miri

kerana program ini berlangsung seperti tidak terancang dengan baik melalui penglibatan yang terhad dan komunikasi yang lemah dalam kumpulan,” ujar Hj. Tajudin Umar, Ketua Kampung Sungai Miri.

“Mengapa penglibatan latihan ini hanya membabitkan tiga buah kampung itu sahaja sedangkan kami juga hadir pada mesyuarat persiapan latihan ini, kalau dilihat pengunjuran kampung-kampung pesisir pantai di pulau ini yang menghadap Laut China Selatan merangkumi kampung Sungai Miri, Sungai Lada, Sungai Labu, Pohon Batu dan Manikar?”

“Lebih-lebih lagi program ini dilakukan pada hari bekerja sedangkan objektif utama adalah untuk memberi kesedaran awal penduduk jika berlaku bencana?”

Pegawai Majlis Keselamatan Negara, Labuan memberikan kenyataan bahawa latihan ini memang diakui mempunyai banyak kekurangan.

Ini kerana latihan amal ini merupakan julung kalinya di adakan di pulau ini dan memang dipersetujui pada awal mesyuarat lagi bahawa hanya tiga buah kampung yang terlibat dan kampung lain akan menjadi pemerhati sahaja.

Manakala mengenai hari penganjuran beliau menyatakan kerana program ini dilakukan secara serentak dan perlu mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

Bagaimanapun kajiselidik mengenai latihan ini sedang dijalankan dan keputusan penuh mengenainya akan diketahui dua minggu dari sekarang. Program ini juga mungkin akan diadakan lagi pada masa akan datang, tambah pegawai itu lagi.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE