Sekolah disaran terlibat dalam khidmat komuniti

Sekolah disaran terlibat dalam khidmat komuniti

Lebih banyak sekolah perlu mempertingkatkan program khidmat komuniti bagi memupuk semangat kesukarelawanan di kalangan pelajar, kata Shahrizat.

Lebih banyak sekolah perlu mempertingkatkan program khidmat komuniti bagi memupuk semangat kesukarelawanan di kalangan pelajar, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Katanya pihak sekolah yang ingin menjalankan aktiviti khidmat komuniti itu boleh berbuat demikian di institusi yang menjaga orang kurang upaya, warga emas dan anak-anak terbiar di bawah kementeriannya.

Beliau berkata demikian pada majlis Anugerah Cemerlang 2011 Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara (SKBD), hari ini.

Pada majlis itu, Shahrizat turut menyerahkan cek bernilai RM5,000 sebagai sumbangan kepada Tabung Bencana NSTP-Media Prima yang diwakili oleh Pengarang Urusan Kumpulan NSTP Abdul Jalil Hamid.

Wang sumbangan itu adalah hasil kutipan pihak sekolah termasuk sumbangan peribadi beliau sebanyak RM2,000.

See also  Goodday KidSTART 2.0 returns to nurture young entrepreneurs

Terdahulu itu, Sharizat mengumumkan peruntukan kementerian sebanyak RM30,OOO kepada pihak sekolah termasuk RM10,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKBD bagi mempelbagaikan lagi program yang bermanfaat dan berguna untuk pelajar SKBD.

– Bernama