Hotel Grand Riverview tawar diskaun 70 peratus untuk mangsa banjir

Hotel Grand Riverview tawar diskaun 70 peratus untuk mangsa banjir

Hotel Grand Riverview (GRV) Kelantan menawarkan diskaun bilik sehingga 70 peratus untuk mangsa banjir di negeri ini pada musim tengkujuh ini.

Hotel Grand Riverview (GRV) menawarkan diskaun bilik sehingga 70 peratus untuk mangsa banjir di negeri ini pada musim tengkujuh ini.

Pengarah Urusan hotel itu, Vincent Chua berkata dengan diskaun itu bilik premium yang sebelum ini berharga lebih RM400 sebuah, yang boleh diduduki seramai empat orang, akan hanya berharga kira-kira RM140.

Hotel itu mempunyai 100 bilik premium yang disediakan untuk promosi itu yang diharap dapat meringankan beban masyarakat setempat yang menjadi mangsa banjir, katanya pada sidang berita di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut menawarkan diskaun 30 peratus untuk makanan di hotel itu kepada mangsa banjir.

Beliau berkata hotel yang terletak di tebing Sungai Kelantan itu juga menawarkan pusat operasi khas kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat secara percuma bagi mereka menjalankan operasi membantu dan menyelamat pada musim tengkujuh ini.

“Sebagai satu-satunya hotel yang lokasinya di tebing Sungai Kelantan di negeri ini, yang mempunyai pangkalan dan jeti sendiri, rugi rasanya jika ia tidak dimanfaatkan untuk membantu komuniti terutama dalam menghadapi banjir,” katanya.

– Bernama