Kerjasama dengan JKKK tingkatkan mutu perkhidmatan

Kerjasama dengan JKKK tingkatkan mutu perkhidmatan

Kerjasama antara MPK dengan JKKK dilihat mampu menyelesaikan permasalahan setempat di kawasan masing-masing disamping memudahkan urusan PBT di situ.

Antara ketua-ketua jabatan yang turut menghadiri Program Ramah Mesra Bersama JKKK di Dewan Mesyuarat MPK

Kerjasama antara Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan Jawatankuasa Keselamatan Dan Kemajuan Kampung (JKKK) dilihat mampu menyelesaikan permasalahan setempat di kawasan masing-masing disamping memudahkan urusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di situ.

Pemangku Yang Di Pertua Pertua MPK,Ikhsan Mukri berkata,kerjasama itu juga mampu meningkatkan kualiti kerja majlis dalam menyelesaikan permasalahan setempat  antaranya sampah,jalan dan kemudahan infrastruktur yang lain.

Menurutnya, pembabitan secara aktif JKKK dengan PBT secara tidak langsung   menjana
pembangunan kawasan  selain mewujudkan kesejahteraan dan  ketenteraman di tempat mereka kelak.

“Pertemuan ini membuka lembaran baru dalam usaha majlis memantapkan lagi sistem perkhidmatan  kami di semua kawasan pentadbiran dan pada masa yang sama mengeratkan lagi perhubungan yang sedia ada.

“Malah pada masa yang sama,JKKK juga dapat mengenali dengan lebih dekat ketua-ketua jabatan yang sentiasa komited menjalankan tugas mengikut bidang dan tanggungjawab masing-masing”katanya.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Program Ramah Mesra Bersama JKKK di Dewan Mesyuarat,di sini.

Hadir sama ialah ahli majlis,ketua-ketua jabatan dan ketua –ketua kampung  yang terlibat.

Ikhsan berkata,majlis juga sentiasa menerima pandangan dan cadangan daripada pemimpin setempat kerana ia merupakan elemen yang diperlukan dalam penambahbaikan perkhidmatan MPK di situ.

Menurutnya,ketua kampung merupakan individu paling hampir dengan penduduk dan mereka juga berperanan sebagai orang perantaraan apabila timbulnya sesuatu isu di kawasan masing-masing.