Jawantankuasa kerja bagi pemulihan pesalah muda

Jawantankuasa kerja bagi pemulihan pesalah muda

Jawatankuasa kerja untuk mengkaji pelaksanaan sistem keadilan berasaskan pemulihan bagi pesalah muda, di negara ini dijangka ditubuhkan pada Januari.

Jawatankuasa kerja untuk mengkaji pelaksanaan sistem keadilan berasaskan pemulihan bagi pesalah muda, termasuk kanak-kanak di negara ini dijangka ditubuhkan pada Januari.

Pengarah Bahagian Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat Arfan Sulaiman berkata satu mesyuarat akan diadakan tidak lama lagi bagi memperincikan garis panduan sistem keadilan itu.

“Garis panduan itu kemudian akan dikemukakan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk diputuskan,” katanya kepada Bernama selepas melawat Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Shahrizat ketika melancarkan sambutan Hari Kanak-Kanak sedunia peringkat kebangsaan bulan lepas, mengumumkan cadangan penubuhan jawatankuasa kerja itu yang antara lain memberi peluang kedua kepada pesalah muda yang melakukan jenayah ringan dengan hukuman setimpal termasuk perkhidmatan komuniti selain memastikan mereka tidak ditempatkan dengan penjenayah dewasa.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

Beliau berkata jawatankuasa itu antara lain akan dianggotai pakar undang-undang, pakar kanak-kanak, ahli akademik, pakar psikologi kanak-kanak, wakil agensi kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

Terdahulu seramai 150 orang kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan di wad kanak-kanak institut itu diraikan dengan pelbagai acara yang menghiburkan mereka sempena sambutan hari kanak-kanak sedunia.

– Bernama