Polis terima 154 laporan bantah Seksualiti Merdeka

Polis terima 154 laporan bantah Seksualiti Merdeka

Polis telah menerima 154 laporan di seluruh negara membantah penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 yang dianggap mengganggu ketenteraman awam.

Polis telah menerima 154 laporan di seluruh negara membantah penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 yang dianggap mengganggu ketenteraman awam.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata laporan yang diterima sehingga semalam itu membuktikan orang ramai mahu polis bertindak tegas.

“Orang yang buat laporan pun sudah 100 lebih, mereka pun kita akan rakam percakapan. Setakat ini lebih 50 orang telah dirakam percakapan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran polis Kuala Lumpur, hari ini.

Program Seksualiti Merdeka 2011 itu bertujuan menuntut hak kesaksamaan gender serta mengiktiraf gay, lesbian, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.

Khalid berkata setakat ini tiada individu yang ditahan.

Beliau berharap tidak wujud kumpulan serpihan yang cuba mengadakan apa-apa tindakan yang menyokong program Seksualiti Merdeka yang telah diharamkan oleh polis.

“Apa jua yang kita hendak buat, kita kena ambil kira sensitiviti budaya, agama dan berbilang kaum di negara kita.

“Jangan ikut sedap hati kita sahaja. Jangan sebab hendak ambil (pejuang hak) minoriti kita terpaksa menyebabkan majoriti marah,” katanya.

– Bernama