Sumbangan untuk golongan kurang bernasib baik di Kota Marudu

SABAH – Kira-kira 30 fakir miskin, ibu tunggal dan anak-anak yatim menerima sumbangan berupa barangan makanan dan duit raya di Surau Kampung Damai, Kota Marudu.

Kira-kira 30  fakir miskin, ibu tunggal dan anak-anak yatim telah menerima sumbangan daripada puteri UMNO Kota Marudu dan usahawan Verdon Bahanda  di Surau Kampung Damai, Kota Marudu, baru-baru ini.

Menurut Redonah Bahanda, pemberian sumbangan itu merupakan sebahagian daripada tanda kasih dan sayang Puteri UMNO Kota Marudu kepada golongan kurang berkemampuan khusus fakir, ibu tunggal dan anak-anak yatim.

“Usaha seumpamanya itu bukan sahaja akan meningkatkan rasa tanggungjawab, bahkan rasa prihatin terhadap golongan kurang bernasib baik ini.

Sepanjang Ramadan ini kata beliau, pihaknya telah mengatur pelbagai program kebajikan bagi memastikan golongan kurang bernasib baik ini, termasuk warga emas dan fakir miskin tidak berasa disisih.

See also  FOMEMA supports vulnerable communities during Ramadan

Beliau berharap usaha murni yang sudah dijalankan sejak beberapa tahun lalu itu diteruskan dan dicontohi kawasan kejiranan lain tambahan pula ia dijalankan berasaskan semangat persaudaraan sesama masyarakat.

“Saya berbangga melihat semangat dan permuafakatan ahli-ahli Puteri UMNO Kota Marudu dan masyarakat setempat sedia bekerjasama untuk menjaya setiap program yang dianjurkan oleh Puteri Kota Marudu.

“Apa yang kami lakukan ini juga adalah selaras dengan tuntutan agama agar golongan fakir miskin dan ibu tunggal serta anak-anak yatim dibantu,” ujarnya.

 

Gary Louis Supi