UDA cadang bangunkan stesen LRT Dang Wangi

UDA cadang bangunkan stesen LRT Dang Wangi

UDA Holdings Bhd telah mengemukakan cadangan kepada Syarikat Prasarana Bhd bagi membangunkan secara usahasama stesen LRT Dang Wangi..

UDA Holdings Bhd telah mengemukakan cadangan kepada Syarikat Prasarana Bhd bagi membangunkan secara usahasama stesen LRT Dang Wangi, di sini.

Cadangan itu dikemukakan pada 27 Oktober lepas.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Tan Sri mohamed berkata tanah seluas 11,008 meter persegi yang terletak di Jalan Ampang itu, merupakan sebuah kawasan utama yang strategik dan berpotensi untuk dibangunkan sebagai kediaman, komersil atau gabungan kediaman/komersil.

“UDA, yang berpengalaman luas dalam pembangunan semula kawasan bandar, mempunyai keupayaan dan kapasiti teknikal untuk menjalankan usahasama dengan SPNB bagi membangunkan tapak tersebut,” katanya.

– Bernama

See also  IJM unveils The Promenade for Bandar Rimbayu