Penduduk diarah keluar untuk beri laluan kepada KTM

Penduduk diarah keluar untuk beri laluan kepada KTM

Projek ini adalah fasa terakhir untuk menghubungkan Gemas dan Johor Bahru dengan landasan kembar sejauh 197km.

Penghuni rumah yang terletak di atas tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Rengam, Johor telah diarahkan untuk mengosongkan tanah tersebut untuk member laluan kepada projek landasan berkembar.

Projek ini adalah fasa terakhir untuk menghubungkan Gemas dan Johor Bahru dengan landasan kembar sejauh 197km.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Johor, M Asojan, penyelesaian kepada masalah ini masih dalam perbincangan dengan kerajaan negeri Johor.

Mangsa projek ini yang kebanyakkannya terdiri daripada golongan miskin dan tiada pendapatan berharap kerajaan negeri Johor akan memberikan pampasan dalam bentuk rumah kos rendah memandangkan mereka telah mendiami tanah itu dan membayar cukai tanah selama lebih lima dekad.

See also  Toll-free highway travel for Hari Raya Aidilfitri 

 

 

Saminathan