Bangsa Melayu tidak akan terbela jika diperbodohkan

WAKAF BHARU – Dalam ucapan Adun Wakaf Bharu, beliau menegaskan supaya rakyat jangan terpedaya dengan pemberian wang semata-mata untuk memancing undi pada musim pilihan raya. [VIDEO]

Exco pertanian Kelantan selaku Adun Wakaf Bharu Che Abdullah Mat Nawi, berucap di majlis ramah mesra meraikan pelajar-pelajar ke IPTA bersama ibu bapa dan pemimpin-peminpin masyarakat Dun Wakaf Bharu.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan supaya rakyat jangan terpedaya dengan pemberian wang semata-mata untuk memancing undi pada musim pilihan raya.

Disebaliknya rakyat dinasihatkan supaya memikir dan faham dengan apa yang dipilihnya.

Beliau turut berkata, bangsa Melayu tidak akan terbela atau maju hanya dengan laungan ‘hidup Melayu’ jika Melayu terus di perbodohkan.

Lim Hock Seng