Orang Asli Kampung Saat terasing di tanah sendiri

PAHANG – Adalah sesuatu yang menyedihkan bagi 38 Orang Asli dari Kampung Saat apabila permohonan mengembalikan tanah mereka tidak diendahkan oleh JAKOA.

Batin Yok Stin menyerahkan surat aduan kepada Encik Mohd Sha'ani

Adalah sesuatu yang menyedihkan bagi 38 orang Asli dari Kampung Saat apabila permohonan mereka tidak diendahkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Agensi kerajaan itu yang sepatutnya bertindak sebagai badan yang membantu dari perihal kebajikan dan aktiviti social masyarakat orang Asli di negara ini sebaliknya menjadi pembuli besar dalam mengendalikan masalah yang membabitkan orang Asli.

Permohonan agar tanah masyarakat Orang Asli di Kampung Saat itu dikembalikan kepada mereka untuk diuruskan sendiri oleh penduduk kampong berkenaan adalah amat wajar kerana system agihan saham yang tidak adil yang diuruskan oleh pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (FELCRA).

Luahan rasa kecewa penduduk Kampung Saat ini telah didengari oleh Pesuruhjaya Suhakam sendiri iaitu Encik Mohd Sha’ni Abdullah semasa lawatan beliau ke kampong tersebut baru baru ini di Kuala Lipis Pahang.

Menurut jurucakap penduduk kampong tersebut yang juga Batin kampong itu, saudara Yok Stin a/l Pasong , sejak 5 tahun lalu mereka sudah acapkali membuat rayuan dan juga permohonan agar mereka dapat menguruskan kembali ladang getah milik mereka itu sendiri.

Berpuluh pucuk surat juga sudah dihantar termasuk lah yang terakhir sekali kepada mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Haji Abdullah Ahmad Badawi .

Tetapi yang dikesalkan ialah walaupun dengan puluhan rayuan dan permohonan, tiada satu pun yang dilayan oleh pihak JAKOA malah aduan aduan yang dibuat umpama mencurah air di daun keladi.

Isi kandungan surat terakhir penduduk kampong kepada mantan Perdana Menteri kita Tun Haji Abdullah Ahmad Badawi antara lain menyatakan aduan aduan yang tidak diendahkan oleh pihak FELCRA dan JAKOA sendiri dan seharusnya aduan ini harus terus kepada mantan Perdana Menteri itu.

FELCRA dengan sewenang wenangnya memecat penduduk kampong dari menjadi penoreh getah. Apa yang menjadi persoalan sekarang adakah tindakan memecat penduduk kampong itu adalah atas arahan kerajaan pusat atau disengajakan oleh FELCRA?

Penduduk kampung menyatakan lagi rasa tidak senang mereka di dalam surat berkenaan apabila apa yang dijanjikan oleh kerajaan negeri ataupun pusat sebelum ini agar berpindah dan menempatkan penduduk masyarakat Orang Asli di Kampung Saat di rancangan penempatan semula dan diberikan hak milik serta kebun getah hanya menjadi janji janji kosong.

Malah kontraktor kontraktor asing mula membawa pendatang tanpa izin untuk bekerja di ladang yang sepatutnya menjadi hak milik masyarakat Orang Asli di kampong berkenaan. Pendatang tanpa izin ini bebas bergerak dan bekerja di bawah selian kontraktor kontraktor ini tanpa ada gangguan dari pihak berkuasa.

Orang Asli di kampong tersebut juga menyatakan di dalam surat tersebut bahawa jika perkara ini berterusan , akan bertambah susahlah kehidupan mereka dan keluaraga mereka.

Apa yang sepatutnya menjadi hak milik mereka telah dirampas oleh kerajaan negeri dan kontraktor luar di depan mata mereka sendiri.

Dengan nada sinis , antara luahan yang dinyatakan dalam surat tersebut , kalau beginilah jadinya awal awal lagi mereka tidak akan setuju untuk berpindah dan rela meneruskan kehidupan asal nenek moyang mereka jauh di dalam hutan.

Photograph by: Colin Nicholas

Avatar photo

Imran Hilmy

is born and raised in Penang Island and throughout of his younger days has a knack of lyrics and poem writings.Loves to read on history, politics and religions. He believes that he has a role in making this world a better place through his capacity as a Citizen Journalist in CJ.MY.