Yayasan Tzu Chi bantu pelajar kurang berkemampuan

Yayasan Tzu Chi bantu pelajar kurang berkemampuan

Bantuan pendidikan sebanyak RM200 berserta barangan keperluan sekolah seperti kasut, pakaian dan peralatan sekolah telah diedarkan pada hari tersebut.

Satu majlis penyampaian bantuan pendidikan kepada pelajar-pelajar daripada keluarga yang kurang kemampuan telah diadakan pada 29 dan 30 Oktober 2011 di Wisma Teng Chin, Klang.

Majlis ini telah dianjurkan oleh Yayasan Tzu Chi Selangor cawangan Klang.

Seramai 4000 peserta yang terdiri dari pelajar-pelajar, ibubapa dan guru-guru telah menyertai majlis ini.

Persediaan majlis dimulakan oleh sukarelawan seawal jam 7.00 pagi sehingga jam 11.00, untuk memastikan  majlis berlangsung dengan teratur.

Majlis juga telah diserikan dengan pelbagai persembahan dan tayangan drama yang memberi pendedahan kepada kepentingan pendidikan, penjagaan alam sekitar serta menghormati dan menghargai jasa ibu bapa serta guru.

Bantuan ini diberi kepada semua murid yang layak dari sekolah-sekolah di sekitar Klang merangkumi Banting, Pulau Carey, Pandaraman, Meru, Kapar, Setia Alam, Tanjung Sepat, Pelabuhan Klang, Jenjarum, Sepang, Dengkil, Sekingcan dan Kuala Selangor.

See also  APU lecturer Eekang Ooi earns top design certificationÂ