Sengsara penduduk Green Cow berlarutan

Hari ini telah masuk hari ke-107 penduduk-penduduk Green Cow berkhemah bagi membantah pembangunan yang sedang dilakukan oleh pihak pemaju tanpa mengambil kira tuntutan-tuntutan mereka.

Penduduk Green Cow masih berjuang untuk mendapatkan penyelesaian sewajar walaupun pelbagai usaha telah diambil namun semuanya menemui jalan buntu.

Penduduk yang terlibat dalam tuntutan ini pula sering menjadi mangsa tahanan polis, seperti apa yang telah berlaku kepada Marapan dan Ravidran yang di tahan di bawah seksyen 341 kerana menghalang pihak pemaju yang beroperasi di kawasan  tersebut.

 

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh aktivis PSM Suresh Kumar, penduduk Green Cow telah disaman oleh pihak pemaju LTT Development dan kes sivil mereka akan dibicarakan pada September 14 2012 di Mahkahmah Tinggi Kuantan.

Mereka  menghadapi masalah kewangan bagi membiayai kes mereka di mahkamah dan meminta orang ramai untuk  menghulurkan bantuan kewangan bagi perbicaraan kes mereka.

laporan terawal : http://cj.my/post/65337/keselamatan-penduduk-perlu-diutamakan/