Gangguan bekalan air di Wilayah Petaling, 9 Nov

Gangguan bekalan air di Wilayah Petaling, 9 Nov

Syabas ingin memaklumkan terdapat beberapa kawasan di Wilayah Petaling akan mengalami gangguan bekalan air berjadual akibat kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air

Oleh Syabas
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan terdapat beberapa kawasan di Wilayah Petaling akan mengalami gangguan bekalan air berjadual akibat kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air seperti berikut :
Masa
9 November 2011 (Rabu), 9.00 malam hingga 5.00 pagi, 10 November 2011
(Khamis)

Sebab
Kerja-Kerja Pengalihan Paip SYABAS Bersaiz 600mm diameter di KM 18.5, Lebuhraya Persekutuan (Arah Kuala Lumpur), Bandar Glenmarie Daerah Petaling untuk Tetuan Bonus Saujana Sdn Bhd, Shell Trading Malaysia Sdn Bhd dan Petronas Dagangan Berhad

Kawasan
Wilayah Petaling

Jalan Subang Airport Lama; SS12; SS13; SS14; SS15; SS17 Subang Jaya Airport; SS18 Subang Jaya; SS19 Subang Jaya; U1 Temasya; dan Saujana O Lot.

Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.
Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan>, dan hantar ke 39222.
Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan ’facebook’ dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.

Harap maklum.