Sahaja FC muncul juara futsal tertutup MPK

Sahaja FC muncul juara futsal tertutup MPK

Sahaja FC muncul johan dalam Kejohanan Futsal Tertutup Majlis Perbandaran Klang (MPK) Edisi Ke 5 yang diadakan di Real Sports Arena l,Telok Gadong, baru-baru ini.

Sahaja FC muncul johan dalam Kejohanan Futsal Tertutup Majlis Perbandaran Klang (MPK) Edisi Ke 5 yang diadakan di Real Sports Arena l,Telok Gadong,di situ.

Naib johan pula disandang Crazy FC dan ketiga,Bob FC pada pertandingan yang disertai oleh tujuh pasukan  terdiri daripada kakitangan pelbagai jabatan MPK.

Pengerusi Kejohanan, Muhammad Faizal Sharifudin  berkata,penyertaan yang  diterima di luar jangkaan dan pihaknya terpaksa menghadkan jumlah pasukan disebabkan beberapa faktor.

“Kejohanan ini merupakan edisi ke lima dan ternyata ia mendapat sambutan menggalakkan daripada kakitangan majlis  serta bakal menyusul pertandingan yang lebih menarik kelak.

“Selain daripada itu,sokongan daripada ahli majlis dan komitmen para pemain juga banyak membantu melancarkan kejohanan kali ini,” katanya.

See also  IRONMAN 70.3: Desaru Coast to host "Torture Camp"

Sementara itu,ahli majlis,Irwan Ismail berkata,aktiviti yang diadakan itu  secara tidak langsung memberi kesedaran kepada kakitangan  untuk menghargai kesihatan disamping mewujudkan semangat kerjasama  di antara  mereka yang terdiri daripada pelbagai jabatan.

Menurutnya,beliau berbangga dengan komitmen penganjur dan pemain serta  akan sentiasa menyokong aktiviti riadah seperti itu dalam melahirkan kakitangan yang aktif dan sihat.