Masjid Jamek Batu Uban perlu diisytihar sebagai tapak warisan

Posted on 18 September 2012 by Jimmy Leow Beng Hock

Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah, Pas Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim menyeru agar Masjid Jamek Kampung Batu Uban dijadikan sebagai kampung warisan untuk menjaga warisan masyarakat Melayu Islam di Batu Uban yang semakin pesat membangun.

Menurut beliau, sejak pembangunan pesat di kawasan ini, kebanyakkan penduduk Melayu telah pun berpindah ke tempat lain dan ini menyebabkan jumlah jemaah di masjid ini semakin berkurangan.

Pengerusi Qariah Masjid Jamek Batu Uban, Sheikh Abd Aziz Sheikh Mohammad, menyatakan bahawa jawatankuasa masjid telah pun menerima surat niat pada tahun 2010 untuk menjadikan kawasan masjid ini sebagai tapak warisan daripada Jabatan Warisan.

Masjid Jamek Batu Uban ini dibina pada tahun 1734 oleh Haji Mohammed Saleh, atau lebih dikenali sebagai Nakhoda Intan Nam Tunku Patis Batang, yang berasal dari Kampung Buadi di Paya Kumbu, Sumatra.

 

 

batu uban