RM350,000 untuk bina kuil dan gurdwara

Photo by Thorsten Vieth

Sabah akan menerima peruntukan berjumlah RM350,000 untuk membina empat rumat ibadat Hindu dan Sikh, kata Pengerusi MIC negeri Datuk V. Jothy, semalam.

Beliau berkata pemberian peruntukan khas itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sebanyak RM200,000 diperuntukkan untuk membina Kuil Sri Murugan di Tawau, manakala Kuil Sri Subramaniar di Kem Lok Kawi dan Kuil Pasupathinath serta sebuah kuil Sikh, Guruduwara Sahib di Kota Kinabalu masing-masing mendapat RM50,000.

“Saya terharu atas keprihatinan Timbalan Perdana Menteri dan peruntukan ini merupakan pengiktirafan kepada masyarakat India di Sabah,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau yang ditemui selepas Majlis Rumah Terbuka Deepavali MIC Sabah yang turut dihadiri Muhyiddin, berkata peruntukan besar kepada kuil Sri Murugan itu adalah sebagai persiapan menyambut perayaan ‘Maha Kumba Bisegam’ tahun depan, yang hanya dirai setiap 12 tahun.

– Bernama