Jualan amal dan kebajikan

Posted on 18 September 2012 by Rajeswari

Orang ramai sibuk melakukan pembelian.

Majlis jualan kebajikan telah diadakan oleh Yayasan Tzu Chi cawangan Klang pada 17hb September 2012.

Majlis ini telah mendapat sambutan yang hebat dan hangat dari penduduk di sekitar Klang.

Lebih dari 3000 pengunjung telah memeriahkan majlis amal ini.

Aspek kebersihan dan keselamatan diberi keutamaan.

Pelbagai makanan sayur-sayuran, minuman, peralatan elektrik, barangan kitar semula, buah-buahan, pakaian dan sebagainya telah dijual bagi mempelbagaikan jualan dan mengembirakan para pengunjung yang hadir pada majlis ini.

Pelbagai makanan dijual.

Para pengunjung berpeluang mencuba makanan, mendapat cabutan hadiah bertuah dan bermesra dengan sukarelawan bagi mengenali dengan lebih dekat aktiviti amal yang dilakukan oleh yayasan ini.

Semua bangsa terlibat dalam membantu jualan amal ini.

Majlis yang lebih memberi fokus kepada mesra alam dan kebajikan ini, menggalakan penggunaan beg plastik dengan membekalkan  beg kitar semula di samping menggunkan bekas makanan kitar semula.

Sesak dengan pengunjung.

Menurut sekarelawan yang terlibat dalam aktiviti ini, mereka telah memulakan kerja-kerja memasang kanopi serta persediaan awal semenjak 16hb September dan penjualan kupon sejak sebulan yang lalu.

Lebih dari 200 sukarelawan telah bertungkus lumus untuk menjayakan majlis jualan kebajikan ini. Hasil jualan amal dan kebajikan ini akan dipergunakan bagi pembinaan dewan serbaguna di Kuala Lumpur yang akan menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan kelak.

Para remaja dan pelajar sekolah turut membantu jualan ini.

Pelbagai barangan kitar semula dijual.

Masakan ala India.

Masakan sihat diutamakan.