Karnival kerjaya Sabah BN Youth Job Fair di Sandakan

SABAH – Pemuda Barisan Nasional Sabah akan menganjurkan Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair 2012 negeri Sabah akan diadakan pada 22 hingga 23 September 2012.

Pemuda Barisan Nasional Sabah akan menganjurkan Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair 2012 negeri Sabah akan diadakan pada 22 hingga 23 September 2012 bermula jam 10.00 pagi hingga jam 5.00 petang bertempat di Harbour Mall, Sandakan Harbour Square. 

Ketua Pemuda BN Sabah, Awang Kadin Tang berkata, Ketua Menteri Sabah Musa Haji Aman dijangka akan merasmikan program ini pada hari Sabtu 22hb September 2012 jam 2.00 petang yang akan turut dihadiri oleh pengerusi Pemuda Barisan Nasional Malaysia Khairy Jamaluddin.

Sehubungan itu, Awang Kadin berharap kepada masyarakat daerah Sandakan khususnya golongan muda dan pencari pekerjakaan agar dapat mengambil peluang yang disediakan ini dengan menghadiri karnival ini yang diadakan selama dua hari. 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini. 

Peluang yang diberikan bermula dari lepasan SPM hingga ke peringkat tertinggi termasuk yang mempunyai pengalaman bekerja.Penganjuran BN Youth Job Fair 2012 mendapat kerjasama yang cukup baik oleh pihak Kementerian, agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat GLC, syarikat multinasional dan syarikat-syarikat korporat. 

Antara Kementerian dan syarikat yang akan menyertai karnival di Sandakan  ialah Bahagian Francais Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK), MARA, PETRONAS, Brandt International dan banyak lagi yang bakal menawarkan hampir 7,000 peluang pekerjaan kepada masyarakat di Sandakan dan seluruh Sabah. 

Kepada mereka yang akan datang untuk mencari peluang pekerjaan dikarnival ini nanti, jangan lupa membawa bersama dokumen sijil-sijil kelayakan akademik dan yang berkaitan, resume dan berpakaian kemas kerana dijangka ada syarikat-syarikat akan mengadakan sessi temuduga terbuka pada karnival tersebut.

Gary Louis Supi