Penyokong Negeri Sembilan protes harga tiket

Penyokong Negeri Sembilan protes harga tiket

Penyokong Negeri Sembilan tetap meneruskan hasrat untuk melancarkan protes berhubung isu harga tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia.

 

Penyokong Negeri Sembilan tetap meneruskan hasrat untuk melancarkan protes berhubung isu harga tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu ini walaupun Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) mengambil keputusan menjual tiket pada harga RM30 bermula hari ini.

Timbalan presiden Kelab e-Penyokong Negeri Sembilan (n9futbol.com) Mohd Faidzul Mohd Noh berkata pihaknya tidak akan berganjak dengan keputusan protes di luar stadium yang dicapai bersama Ganusoccer.net (Komuniti Maya Penyokong Bolasepak Terengganu).

“Sepatutnya mereka (Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang turunkan harga bukan kerajaan negeri yang menanggung beban. Kami sangat berterima kasih kepada PBNS kerana mereka sanggup guna duit persatuan untuk membolehkan penyokong Negeri Sembilan ke Shah Alam,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

See also  IRONMAN 70.3: Desaru Coast to host "Torture Camp"

Kempen tersebut dinamakan ‘Sokongan Padu Tidak Berbelah Bahagi Dari Luar Stadium Kepada Sukad Hoben Jang Hoben’ dan akan bersorak dari luar stadium.

Pada mesyuarat tergempar malam tadi, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga selaku presiden PBNS mengumumkan PBNS akan menjual tiket pada RM30 selepas banyak pihak terutama penyokong setia kedua-dua pasukan merungut dengan harga tersebut.

Peminat Skuad Rusa yang sudah membeli tiket pada hari pertama kelmarin dan semalam dengan harga RM50 boleh menuntut baki lagi RM20 di Wisma PBNS dan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi bermula hari ini.

FAM menetapkan harga tiket final Piala Malaysia sebanyak RM50 bagi semua tempat duduk termasuk tempat duduk utama sementara harga tiket kanak-kanak berusia bawah 12 tahun dijual pada harga RM5 seorang bagi semua tempat duduk.

See also  'Road to GM' initiative launched to cultivate Malaysia's first chess Grandmaster

– Bernama