Tanah Adat Orang Asli diceroboh lagi

PAHANG – Baru baru ini sebuah lagi perkampungan dan tanah adat Orang Asli di negeri Pahang Darul Makmur iaitu Kampung Paya Mengkuang di Temerloh telah dicerobohi individu yang tidak dikenali.

Romen Achai 36 tahun, menunjukkan kawasan perkampungan tanah adat yang diceroboh individu asing

Malaysia yang terletak di tengah tengah rantau Asia Tenggara adalah merupakan nadi penting kepada rantau ini dalam kegiatan perdagangan antarabangsa sejak dari dulu lagi.

Lebih kurang 5000 tahun yang lampau penduduk asal negara ini iaitu Orang Asal ataupun lebih dikenali dengan nama Orang Asli telah bermaustatin di rantau yang kaya dengan hasil bumi alam dan juga telah dipercayai memberi ruang terbuka yang luas kepada peneroka peneroka dari segenap pelusuk rantau nusantara pada ketika itu untuk membuka penempatan awal yang sekarang ini berkembang pesat menjadi pekan dan juga bandar.

Seharusnya dengan titipan titipan sejarah yang ada ini Orang Asli di negara kita mendapat pengiktirafan yang sah sebagai antara penyumbang utama dalam proses negara kita menjadi negara yang maju.

Walaupun begitu nasib Orang Asli di negara ini tidak dibela dengan sewajarnya.Tempat tinggal mereka dan juga tanah adat yang dijamin pihak berkuasa tidak akan teraniaya telah diceroboh sewenang- wenangnya oleh individu asing dengan restu pihak berkuasa tempatan atas nama pembangunan.

Sejak dari zaman penjajahan hinggalah sekarang masih ada tanah tanah adat Orang Asli diperkosa oleh mereka yang tidak bertanggungajawab walaupun jelas tertera dalam Perlembagaan Malaysia tentang hak hak Orang Asli di negara ini.

Baru baru ini sebuah lagi perkampungan dan tanah adat Orang Asli di negeri Pahang Darul Makmur iaitu Kampung Paya Mengkuang di Temerloh telah dicerobohi individu yang tidak dikenali.

See also  KitKat and EPIC Homes partner to transform Orang Asli communities this Ramadan

Menurut saudara Romen Achai, 36 tahun beliau berserta bersama beberapa penduduk kampong telah bergegas menuju ke Balai Polis IPD Temerloh pada 11 September 2012 untuk membuat aduan tentang peristiwa tersebut.

Mereka yang ditemani oleh Batin Idris On ketua Kampung Paya Mengkuang itu juga telah ke Pejabat Tanah Daerah Temerloh dan sempat bertanyakan tentang aduan serta permasalahan mereka itu.

Apabila aduan disampaikan kepada pihak Pejabat Tanah Daerah , seorang pegawai telah mengesahkan bahawa status tanah adat itu telah diberikan geran dan juga no lot 82 untuk tujuan pembangunan.

Apabila ditanya tentang siapa dan bila ia diluluskan, pegawai berkenaan memberi jawapan bahawa beliau tidak tahu.

Romen Achai yang kecewa dengan jawapan tersebut juga bertanya kepada pegawai terbabit yang mana lebih penting tanah adat yang mempunyai kubur nenek moyang penduduk Orang Asli di perkampungan tersebut ataupun geran itu.

Tidak memeranjatkan apabila pegawai tersebut enggan memberi respon kepada soalan yang diajukan oleh Romen Achai itu malah memberi tahu bahawa soalan soalan tersebut harus diajukan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli.

Batin Idris bin On yang kelihatan kecewa

Menurut Batin Idris On , isu pencerobohan wilayah tanah adat yang terbaru ini telah dianggarkan seluas 3 ekar di mana kerja kerja untuk pembangunan untuk projek yang tiada kena mengena dengan kebajikan Orang Asli di kawasan berkenaan.

See also  KitKat and EPIC Homes partner to transform Orang Asli communities this Ramadan

Kerja kerka pembinaan di atas tapak yang sudah dibersihkan untuk tujuan penanaman getah sebagai hasil sumber pendapatan Orang Asli adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh Orang Asli di kawasan tersebut.

Jika tiada sumber pendapatan Orang Asli tidak akan mampu bertahan di dalam arus pembangunan negara.

Menurut Batin Idris , sepanjang tempoh bermula pada tahun 2008 hinggalah ke tahun 2012 sejumlah enam aduan Polis sudah dibuat terhadap penceroboh penceroboh kapitalis ini ke atas perkampungan dan wilayah tanah adat Orang Asli.

Menurut beliau lagi , sepanjang tempoh berkenaan memorandum serta surat aduan juga telah dihantar kepada Ahli Parlimen Temerloh Saifudin Adullah dan juga ADUN Mentakab Chuah Boon Seong dan juga kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli.

Beliau masih ingat lagi semasa memorandum yang pertama dihantar kepada Exco negeri Pahang Mohd Shakar Shamsudin  pada 10 March 2008 iaitu Exco negeri Pahang pada masa itu pada “Program Bersama Rakyat” di Balai Raya kampung itu.

Batin Idris melahirkan rasa kecewa beliau apabila tindakan beliau telah dipandang remeh oleh Exco berkenaan malah beliau ditempelak secara sinis oleh Exco berkenaan.

Sehingga hari ini tiada maklum balas serta respon dari pihak pihak terbabit tentang aduan penduduk Orang Asli tentang masalah yang mereka hadapi.

Avatar photo

Imran Hilmy

is born and raised in Penang Island and throughout of his younger days has a knack of lyrics and poem writings.Loves to read on history, politics and religions. He believes that he has a role in making this world a better place through his capacity as a Citizen Journalist in CJ.MY.