Syabas: ‘Ops potong air’ sedang dijalankan

Syabas: ‘Ops potong air’ sedang dijalankan

Syabas ingin menasihatkan para pengguna agar membuat bayaran bil air tertunggak dengan segera kerana operasi bil tertunggak sedang dijalankan.

 

Syarikat Bekalan Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin menasihatkan para pengguna agar membuat bayaran bil air tertunggak dengan kadar segera kerana operasi bil tertunggak bagi bulan Oktober 2011 sedang dijalankan di kawasan-kawasan seperti berikut:

15 Oktober – 31 Oktober 2011

Wilayah Kuala Lumpur :
Taman Supreme; Bandar Tun Razak; Taman Midah; Desa Tun Razak; Bandar Damai Perdana; Desa Baiduri; Taman Bukit Angsana; Taman Delima/ Taman Dahlia; Taman Minang/ Taman Anggerik; Taman Minang Ria; Taman Len Sen/ Taman Connought; Taman Orkid Desa; Taman Cheras Permata; Taman Taynton View; Cuepecs, Taman Masria; Cheras Hartamas/ Taman Wangsa; Chan Sow Lin; Loke Yew; Salak South; Sungai Besi; Bangsar; Damansara, Taman Tunku; Sri Hartamas, Bukit Persekutuan; Jalan ipoh, Jalan Kolam Air; Jalan Duta; Segambut; Sentul; Jalan Gandek/ Jalan Berangan; Jalan Imbi; Jalan Merlimau/ Jalan Meranti; Jalan San Peng/ Jalan Hicks; Jalan Sultan Ismail; Jalan Petaling; Jalan Pudu, Jalan Hang Jebat; Jalan Tuanku Abdul Rahman; Jalan Raja Laut/ Lorong Haji Taib; Kampung Bharu; Jalan gurney dan Jalan Pahang/ Jalan Semarak.

Wilayah Petaling :
SS 20, SS 21 Damansara Utama, SS 22 Damansara Jaya; Seksyen 51A Paya Jaras, SS 9 hingga SS 9A Seri Setia; PJU 10 Damansara Damai, PJU 5 Kota Damansara; SS 23, SS 24, SS 25, SS 26 Petaling Jaya; SS 1 hingga SS 8 Kelana Jaya; TTDI, Kampung Sungai Penchala, Kampung Bukit Lanjan; Seksyen 11 hingga seksyen 19 Petaling Jaya; U1, U2 Glenmarie TTDI Jaya, Batu 3 Taman Mesra Shah Alam; Kampung Baru Sungai Buloh; Bandar Baru Sungai Buloh, Bandar Rahman Putra; BU 1 – BU 12 Bandar Utama; Paya Jaras, Kampung Merbau Sempak; Kampung Kubu Gajah; Kampung Melayu Subang, Subang Perdana; PJU 3, PJU 7, PJU 8 Damansara Perdana; Sungai Besi, Serdang, Seri Kembangan; Bukit Jalil, Bukit Serdang, Bandar Tasek Selatan; Pusat Bandar Puchong; Saujana Puchong; Lestari Perdana; Kota Perdana, Pinggiran Putra, Puchong Hartamas; USJ 1 – USJ 26, Tiara Square, Tasik Prima; SS 12 – SS 19 Puchong Utama, Desa Millenia; PJS 8 – PJS 11, Puchong Jaya, Puchong Intan, Puchong Indah; Bandar Kinrara 1 – Bandar Kinrara 9, Bandar Putra Permai; Puchong Utama, Puchong Perdana, Puchong Permai; Seksyen 1 – Seksyen 52, Taman Kuchai Jaya, Taman Gembira, Taman Desa; PJS 1 – PJS 7, Petaling Utama, PJ State; Jalan Kelang Lama, Bandar Baru Seri Petaling, Desa Petaling; Bandar Sunway, K.E. Park, Jalan Kuchai Lama, OUG dan Taman Tan Tew Lai, Taman Sri Manja.

Wilayah Gombak:
Bandar Manjalara; Desa Sri Makhota; Medan Putra Business Centre; Desa Park City; Taman Sunway Damansara; Bandar Sri Damansara; Taman Wangsa Permai; Kampung Tasek Tambahan; Kampung Tasek nPermai; Taman Mulia Jaya; Kampung Ampang Indah; Kampung Tasek Campuran; Kampung Lembah Jaya Utara; Kampung Lembah Jaya Selatan; Indian Settlement; Kampung Tengah; Kampung Pinggir; Taman Industri Lembah Jaya; Kampung Sungai Putih; Taman Bukit Ampang; Taman Dagang; Taman Dagang Permai; Taman Saujana Ampang; Taman Halaman; Taman Sri Ampang; Taman Kesuma; Taman Watan; Pekan Ampang; Bandar Baru Ampang; Kampung Baru Ampang; Jalan Besar Ampang; Jalan Merdeka; Taman Ampang Mewah; Taman Ampang Utama; Taman Kosas; Taman Ampang Indah; Taman Bukit Indah Ampang; Kampung Melayu Ampang; Taman Dato Ahmad Razali; Taman Rasmi Jaya; Taman Pandan Ria; Ampang Jaya; Taman Permai Jaya; Taman Pandan Mesra; Water Front Ampang; Siar Raya (Jalan gombak Batu 3 – Batu 12); Kampung Baru Hulu Klang; Kampung Datuk Keramat; Taman Keramat AU 1 – Au 5; Taman Keramat Permai; Taman Permata; Taman Setiawangsa; Bandar Baru Wangsa Maju Seksyen 1 – Sek 2, Seksyen 4 – Seksyen 6 dan Seksyen 10; Taman Wangsa Melawati; Taman Melawati; Taman Sri Rampai; Taman Setapak Jaya; Taman Bunga Raya; Taman Melati; Kampung Air Panas; Taman Desa setapak; Kampung Klang Gates; Jalan Genting Klang; Taman P.Ramlee; Taman Titiwangsa; Taman Setapak; Taman Danau Kota; Taman Ibukota dan Taman Setapak Indah.

Wilayah Klang/Shah Alam:
Kampung Sungai Udang; Teluk Pulai; Kampung Delek; Telok Gadong; Kampung Telok Gong; Bandar Sultan Sulaiman; Pandamaran; Pulau Indah; Jalan Kastam; Jalan Kem; Persiaran Raja Muda Musa; Bukit tinggi dan Telok Gadong.

Wilayah Kuala Selangor:
Kawasan Taman Perumahan sekitar kuala Selangor/ Pekan Lama & Tanjung Keramat; Pusat Perniagaan di Bandar Kuala Selangor; Jalan Teluk Piah/ Jalan Sirambai/ Jalan Rawang; Kawasan Kampung Assam Jawa & Taman Malawati Jaya; Kampung api-api, Pasir Tuntong & Jalan Bagan Sungai Buloh; Kawasan Taman-taman Perumahan & Kedai Perniagaan Sungai Buloh Jeram; Kawasan Jeram, Pantai Remis & Jalan Raja Abdullah; Kampung Suara, Sungai Sembilang & Sungai Janggut; Bukit Kuching, Bukit Cherakah, Bukit Hijau, Parit Mahang; Bukit Rotan, Kawasan Perumahan & Perniagaan Ijok, Bukit Badong & Jaya Setia; Kawasan Taman- taman & Pusat Perniagaan Ijok/ Bukit Badong & Jaya Setia dan Seluruh Kawasan Taman Perumahan & Perniagaan Bandar Puncak Alam.

Wilayah Hulu Langat:
Desa Mewah; Sunway Semenyih; Taman Sri Tanjong; Taman Sri Haneco; Taman Industri Villaraya; Kampung Sungai Lalang; Taman Paling Jaya; Taman Tasik Semenyih; Semenyih Sentral; Taman Semenyih Indah; Taman Semenyih Jaya; Bandar Rincing; Bandar Tasik Kesuma; Taman Pelangi Semenyih; Pekan Beranang; Kampung Rincing; Jalan Bangi Batu 1 hingga Batu 5; Kampung Bangi; Bandar Sri Putra ddan Bandar Bukit Mahkota.

Wilayah Hulu Selangor:
Kuang; Kundang; Tasik Puteri; Country Homes; Seluruh Kawasan Rawang; Sungai Choh; Sungai Buaya; Bukit Beruntung; Bukit Sentosa; Serendah; Batang Kali; Rasa; Seluruh Kawasan Kuala Kubu Bharu; Kerling; Kalumpang; Hulu Bernam; Sungai Dusun; Sungai Tengi; Gedangsa dan Soeharto.

Wilayah Sabak Bernam:
Jalan Bagan Terap, Kampung Sungai Sepintas; Jalan Sungai Lias hingga ke Pekan Sabak Bernam; Taman-taman dan kawasan berhampiran pekan Sabak Bernam; Tebuk Pulai, Kampung Baru; Batu 35 hingga Batu 39 Sabak Bernam; Seluruh Kawasan Sekendi hingga ke Teluk RHU; BNO, Sungai Air Tawar dan Parit Baru; Taman-taman di sekitar Sungai Besar; Parit 1, Timur, Barat, Gambut sehingga ke Parit 11, Timur, Barat dan Gambut; Parit 13 sehingga ke Kampung Belia 1 dan 2 termasuk Kampung Merbau Berdarah; Sungai Limau, Sungai Haji Dorani, Sungai Nibung; Parit 10 hingga ke Parit 6, Sungai Leman; Taman-taman di seluruh pekan Sekinchan dan Site A, B, C dan Bagan Sekinchan.

Tindakan pemotongan bekalan air akan dikenakan kepada para pengguna yang gagal untuk menjelaskan bil tertunggak. Sekiranya tindakan telah diambil, pengguna akan dikenakan caj pemotongan sebanyak RM25 dan caj penyambungan semula sebanyak RM25 sebelum penyambungan semula dibuat.

Caj-caj yang dikenakan tersebut bukanlah merupakan suatu denda atau penalti. Caj-caj ini adalah caj tetap perkhidmatan untuk pemotongan dan penyambungan semula bekalan air yang dikenakan oleh SYABAS kepada pengguna seperti yang diwartakan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Enakmen Pembekalan Air 1997, iaitu Kaedah-kaedah Bekalan Air (Bayaran) Selangor 2006 dan masih digunapakai sehingga kini.

Untuk maklumat lanjut, para pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS, iaitu PUSPEL di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS, dengan menaip PUSPELdan hantar ke 39222.

Para pengguna juga boleh memilih untuk daftar masuk ke laman web twitter dan facebook SYABAS.