Keaslian ‘Tamu’ di Sabah semakin pupus

Keaslian ‘Tamu’ di Sabah semakin pupus

Tamu juga berfungsi sebagai tempat untuk meyampaikan maklumat kepada kampung-kampung yang lain, misalnya jemputan kahwin, kematian, kenduri dan sebagainya.

Photo by Ganggarak, sourced from Panoramio

Perkataan Tamu kadangkala disalaherti oleh pengunjung daripada luar Sabah khususnya penduduk daripada Semenanjung Malaysia. Ini kerana Tamu membawa erti pelawat.

Namun demikian di Sabah perkataan tamu membawa maksud tempat untuk membeli belah atau dalam erti kata yang lain pasar terbuka.

Sebelum kewujudan kompleks membeli belah seperti yang ada sekarang, tamu bukan saja menjadi tempat berniaga, ia juga menjadi tempat berkumpul masyarakat Sabah yang berbilang kaum.

Tamu juga berfungsi sebagai tempat untuk meyampaikan maklumat kepada kampung-kampung yang lain, misalnya jemputan kahwin, kematian, kenduri dan sebagainya.

Antara tamu yang popular di Negeri Sabah adalah Tamu Kota Belud, Tamu Keningau, Tamu Tenghilan, Tamu Tamparuli dan Tamu Mingguan seperti di Gaya Street, Kota Kinabalu, Papar dan Donggongon, Penampang.

See also  Langkawi International Airport receives prestigious ACI Award

Satu lagi perubahan yang dapat dilihat adalah bilangan peniaga tempatan kini, perlahan-lahan dihakis dan digantikan dengan peniaga daripada golongan Pendatang Tanpa Izin (PTI).

Baru-baru ini kunjungan Komunitikini ke tamu mingguan di daerah Papar, amat mengejutkan dengan bilangan PTI yang menjual hasil pertanian begitu ramai, yang mana jika difikirkan kembali seharusnya dipelopori oleh penduduk tempatan.

Persoalannya, mengapa warga PTI ini begitu mudah untuk mendapatkan lesen perniagaan atau tempat untuk berniaga dimana sepatutnya tempat yang dimiliki oleh orang tempatan kini telah menjadi tempat warga PTI membuat perniagaan.

Jika keadaan ini berterusan dan berleluasa, tidak mustahil satu hari nanti generasi PTI akan menguasai keseluruhan tamu-tamu di Sabah ini. Kesannya orang-orang tempatan akan kehilangan tempat untuk berniaga.

See also  AirAsia resumes Vientiane route, connects all Asean nations

Wendy Chia