JPJ Terengganu teruskan ops banteras cermin gelap

JPJ Terengganu teruskan ops banteras cermin gelap

JPJ Terengganu akan meneruskan operasi membanteras pemasangan cermin gelap pada kenderaan awam.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu akan meneruskan operasi membanteras pemasangan cermin gelap pada kenderaan awam memandangkan masih ada pemilik yang berdegil dan tidak mematuhi peraturan ditetapkan.

Pengarahnya Abdul Rahman Emang Anyie berkata setelah operasi dijalankan di beberapa tempat seperti di Bukit Besi, Dungun, Kijal, Kemaman, Besut dan Marang, pihaknya akan menjalankan pemeriksaan di  Hulu Terengganu dan Setiu dalam masa yang terdekat.

JPJ telah menetapkan cermin depan dan belakang setiap kenderaan mesti mempunyai ketelusan cahaya pada tahap 70 peratus manakala cermin sisi pada tahap 50 peratus.

Abdul Rahman berkata sebanyak 917 kenderaan  telah dikenakan tindakan daripada sejumlah 4,390 kenderaan yang diperiksa dalam operasi selama tiga hari bermula 13 Okt lalu di beberapa lokasi di sekitar Kuala Terengganu.

See also  QJMOTOR shines at Canton Fair

– Bernama