Prasarana naik taraf tiga stesen Monorail

Prasarana naik taraf tiga stesen Monorail

Syarikat Prasarana Negara Berhad sedang menjalankan kerja-kerja menaik taraf pembinaan di tiga Laluan RapidKL Monorail, iaitu Stesen Tuanku, Stesen Imbi dan Stesen Raja Chulan.

Syarikat Prasarana Negara Berhad sedang menjalankan kerja-kerja menaik taraf pembinaan di tiga Laluan RapidKL Monorail, iaitu Stesen Tuanku, Stesen Imbi dan Stesen Raja Chulan.

Kerja-kerja menaik taraf pembinaan itu dijangka siap pada 23 Dis ini, dan syarikat itu memohon maaf bagi apa-apa kesulitan semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan, menurut kenyataan syarikat berkenaan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan, kontraktor mendirikan halangan untuk mengasingkan kawasan tapak kerja.

Pengaturan atau pengumuman keselamatan lalu lintas dan orang awam, termasuk pemberi isyarat, notis dan papan tanda, ditempatkan untuk melancarkan aliran trafik selain memastikan keselamatan awam.

Orang ramai boleh menghubungi hotline projek itu di talian 03-22679898 atau menghantar email di [email protected].

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

– Bernama