Orang awam, media tak dibenar masuk UIA

Orang awam, media tak dibenar masuk UIA

Beberapa orang pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan ketat di pintu gerbang UIA menghalang orang awam memasuki dalam bangunan tersebut.

Beberapa orang pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan ketat di pintu gerbang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menghalang orang awam memasuki dalam bangunan tersebut.

Malah, wartawan Komunitikini dihalang daripada memasuki bangunan tersebut.

Salah seorang pengawal keselamatan ditemui berkata, selain orang awam, pihak media juga tidak dibenarkan masuk.

“Hanya sidang media jam 12 tengahari sahaja dibenarkan, selepas itu orang awam tak dibenarkan masuk, nak sembahyang Jumaat pun tak boleh.

“Kami terima arahan tak benarkan orang awam dan media masuk hari ini, ujar pengawal keselamatan tersebut.

Tindakan menghalang berikutan perhimpunan mahasiswa akan diadakan selepas selesai sembahyang Jumaat sebentar sahaja lagi.

See also  LEGOLAND (R) School Challenge calls young Asian buildersĀ