Penggantungan Aziz Bari tindakan paling tidak bertamadun

Penggantungan Aziz Bari tindakan paling tidak bertamadun

Saya membaca berita penggantungan Prof Dr Aziz Bari. Bagi saya itu adalah satu tindakan yang paling tidak bertamadun dalam dunia akademik.

By Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Saya membaca berita penggantungan Prof Dr Aziz Bari. Bagi saya itu adalah satu tindakan yang paling tidak bertamadun dalam dunia akademik.

Ternyata perlantikan ‘kepimpinan baru di UIA’ itu tidak melambang ketokohan akademik, tetapi lebih kepada nilai-nilai politik. Kepimpinan UIA sekarang tidak di bawah orang yang terbilang dari segi pemikiran dan dunia ilmu sebaliknya orang yang berpotensi melakukan tindakan yang melambangkan kejumudan fikiran yang bertentangan dengan norma dunia akademik.

Tindakan kepada Prof Aziz Bari merupakan sesuatu yang amat memalukan dunia akademik kita. Tindakan ini tiada asas ilmu sama sekali sebab dalam dunia ilmu setiap orang berhak berbicara atas asas fakta dan ijtihad. Tindakan ini adalah tindakan mengampu.

See also  APU win awards at Malaysia's Digital Tech accolades

Setahu saya rektor UIA sekarang merupakan ahli MAIS. Saya bimbang ada conflict of interest dalam tindakan terhadap Prof Aziz. Malaysia hanya mencampak diri ke zaman kegelapan Katholik yang membakar tokoh-tokoh akademik protestan atas tuduhan derhaka kepada istana dan heresy kepada agama.

Sebagai lepasan UIA, saya rasa telah berlaku kesilapan besar dalam pengurusan akademik di UIA hari ini. UIA yang patut bertaraf pusat pendidikan dunia, telah bertukar menjadi pejabat agama yang penuh kesempitan fikiran.