Laporan Bank Dunia: Malaysia di hapadan German, Jepun

Laporan Bank Dunia: Malaysia di hapadan German, Jepun

Kedududkan Malaysia meningkat lima anak tangga ke tempat ke-18 di dalam Laporan Melakukan Perniagaan Bank Dunia 2012, di hadapan banyak negara maju seperti Jerman, Jepun, Taiwan dan Switzerland.

Kedududkan Malaysia meningkat lima anak tangga ke tempat ke-18 di dalam Laporan Melakukan Perniagaan Bank Dunia 2012, di hadapan banyak negara maju seperti Jerman, Jepun, Taiwan dan Switzerland.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata laporan itu adalah hasil usaha dan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan sistem serahan perkhidmatan awam.

“Kedudukan dunia itu menunjukkan bahawa langkah pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan mulai membuahkan hasil,” katanya. Beliau juga Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Untuk Memudahkan Perniagaan (Pemudah).

Sejak 24 bulan yang lepas, katanya pelbagai perubahan telah dilaksanakan di dalam agensi-agensi sektor awam bagi memudahkan prosedur dan meningkatkan ketelusan dan keefisienan.

See also  Revolutionizing finance: The era of automated trading

Bagaimana pun, katanya sektor swasta sendiri juga perlu mengambil langkah bagi memudahkan prosedur dan mengurangkan birokrasi yang tidak perlu bagi meningkatkan keefisienan perniagaan.

“Hanya apabila kesemua ini dilaksanakan barulah pembaharuan lebih meluas kerajaan bagi memudahkan dan menjadikan sistem serahan lebih efisien di Malaysia dapat dizahirkan sepenuhnya,” katanya.

Mohd Sidek berkata Laporan bank Dunia itu menonjolkan daya usaha yang diambil Malaysia di dalam memperkenalkan fail elektronik di dalam mahkamah, menubuhkan mahkamah awam dan komersil khusus di Kuala Lumpur, dan menggabungkan pendaftaran syarikat, percukaian, keselamatan sosial dan kumpulan wang simpanan pada satu pusat sehenti bagi perniagaan yang baharu bermula.

Negara ini juga dikatakan salah satu daripada 24 negara yang telah menubuhkan jawatankuasa kawal atur pembaharuan yang melaporkan secara langsung kepada perdana menteri atau presiden, katanya.

See also  Algorithmic trading: Revolutionizing strategies for the advanced investor

“Antara negara Asia lain yang diberikan kedudukan di hadapan Malaysia di dalam laporan itu ialah Singapura yang menduduki tempat pertama, Hong Kong dan China yang berkongsi tempat ke-dua, Korea Selatan pada tempat ke-lapan danĀ  Thailand (keudukan ke-17),” katanya.

– Bernama