Suhakam mengalu-alukan pengemukaan penghujahan awam

Suhakam mengalu-alukan pengemukaan penghujahan awam

Orang awam bolehlah mengemukakan penghujahan mereka kepada Sekretariat Inkuiri Nasional dengan membawa bersama bukti-bukti seperti geran/permohonan geran, gambar-gambar, peta dan surat-surat yang berkaitan.

Photo by Bart Van den Bosch

Oleh Suhakam

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) telah mengadakan sesi konsultasi bersama pihak berkepentingan termasuk masyarakat Orang Asal/Asli, badan-badan bukan kerajaan, ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, jabatan dan agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri serta pihak media di Sabah (17 Jun – 5 Julai), Semenanjung (15 – 29 Julai), dan Sarawak (17 – 30 September).

Semasa sesi konsultasi Suruhanjaya telah memperolehi sebanyak 407 jumlah aduan di Sabah, 287 di Semenanjung dan 198 di Sarawak. Inkuiri Nasional mengenai hak tanah Orang Asal/Asli ini akan mengkaji punca sebenar masalah berkaitan hak tanah adat secara menyeluruh dari perspektif hak asasi manusia dan akan mengesyorkan langkah penyelesaian yang bersesuaian terhadap masalah tersebut.

See also  IJM Land unveils Sutera, a tranquil oasis at Seremban 2

Orang awam bolehlah mengemukakan penghujahan mereka kepada Sekretariat Inkuiri Nasional dengan membawa bersama bukti-bukti seperti geran/permohonan geran, gambar-gambar, peta dan surat-surat yang berkaitan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sekretariat Inkuri Nasional seperti di bawah; Suruhajaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tingkat 11, Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur Tel: 03-26125600; Faks: 03-26125620