Lagi kafe siber judi diserbu

Lagi kafe siber judi diserbu

Seorang penjaga kafe siber judi sempat melayari Facebook sebelum melarikan diri dalam serbuan dilakukan di Pelabuhan Klang malam tadi.

Seorang penjaga kafe siber judi sempat melayari facebook sebelum melarikan diri dalam serbuan dilakukan Pelabuhan Klang malam tadi.

Timbalan Ketua Polis daerah Klang Selatan, Superitendan Azman Abdul Razak berkata  jabatan siasatan jenayah IPD Klang Selatan telah membuat pemantauan dan pemeriksaan berdasarkan kepada maklumat orang awam sebelum ini.

Menurutnya, pada hari ini, pihaknya telah menjalankan operasi bersepadu dalam membanteras kegiatan kafe siber judi di Pelabuhan Klang.

” Kita telah menjalankan serbuan ke atas 12 premis di sekitar pelabuhan klang dan berjaya merampas keseluruhan berjumlah 286 buah komputer termasuk CPU,” katanya pada sidang media.

Mengulas lanjut, Azman berkata, operasi itu diadakan bersama kekuatan seramai 50 pegawai termasuk SPRM dan kakitangan penguatkuasa MPK dibantu oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Kita berjaya menangkap seorang lelaki dan seorang wanita berketurunan cina berusia awal 20 an merupakan penjaga premis tersebut.

“Kita akan mendakwa mereka dibawah seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang mana berkaitan dengan seksyen itu manakala baki 11 premis tidak mempunyai penjaga pula, kita akan mengambil tindakan Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Menyentuh tindakan pembanterasan kafe siber judi, Azman memberitahu pihaknya akan mengambil tindakan secara berkala dan komprehensif menangani isu itu.

Ditanya mengenai jumlah kos rampasan, menurutnya, setakat ini pihaknya masih belum mentafsirkan jumlah tersebut.

“Kita tidak akan berkrompomi dengan mana-mana pihak menjalankan aktiviti perjudian ini,” tegasnya.

[Photo blog: Serbuan Kafe siber]