Orang Asli hantar memorandum bantahan kepada MB

KUANTAN – CJMY telah berpeluang berkongsi bersama wakil JKOAP/JKOASM Yusri Ahon, isi isi kandungan yang tertera di dalam memorandum bantahan tersebut.

 

Sering kita dengar di dada dada akhbar tempatan, tabloid, alternatif mahupun perdana tentang rintihan rintihan yang diluahkan Orang Asli terhadap layanan yang mereka terima selama ini.

Rintihan tentang bagaimana hak hak mereka sebagai warganegara Malaysia yang seakan akan tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan semakin tidak didengari oleh pihak yang berwajib.

Kawasan perkampungan serta wilayah dan tanah adat mereka sewenang wenangnya diceroboh orang asing atas nama pembangunan dan yang paling mengecewakan mereka ianya seakan seakan mendapat restu tertentu dari golongan elit kapitalis negara.

Rancangan pewartaan Tanah Orang Asli melalui dasar yang telah diluluskan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada tahun 2010 dirasakan tidak adil terhadap hak hak yang sepatutnya menjadi milik pribumi Orang Asli di Malaysia.

Sehubungan dengan itu hari ini, lebih kurang jam 10 pagi bertempat di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2, berhadapan dengan Wisma Negeri Pahang , seramai kira kira 500 Orang Asli yang mewakili Jaringan Kampung Orang Asli Pahang (JKOAP) akan berarak dari sana dan akan membuat satu serahan memorandum bantahan terhadap Pewartaan Tanah Orang Asli di negeri Pahang kepada Menteri Besar Pahang.

See also  KitKat and EPIC Homes partner to transform Orang Asli communities this Ramadan

Pernyataan bersama oleh seluruh wakil Orang Asli melalui Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) itu juga adalah sebagai tanda protes dan cetusan kebimbangan Orang Asli agar kerajaan negeri Pahang khususnya dan kerajaan pusat amnya, mengambil perhatian yang sewajarnya terhadap kawasan atau tanah dan wilayah adat Orang Asli di negeri Pahang dan seterusnya di seluruh Malaysia.

Citizen Journalists Malaysia (CJMY) telah berpeluang berkongsi bersama wakil JKOAP/JKOASM Yusri Ahon, isi isi kandungan yang tertera di dalam memorandum bantahan tersebut. Antara isi isi memorandum tersebut ialah:

• Hentikan segala aktiviti aktiviti yang sedang dijalankan di atas tanah dan juga wailayah adat Orang Asli.

• Menarik balik lessen yang telah diberikan kepada semua kontraktor kontraktor yang sedang melakukan kerja di atas tanah dan wilayah adat Orang Asli.

• Membayar pampasan yang sewajarnya menurut Perlembagaan Persekutuan atas segala kerosakan dan kerugian yang dihadapi oleh Orang Asli terbabit.

See also  KitKat and EPIC Homes partner to transform Orang Asli communities this Ramadan

• Membahagikan semua rizab rizab yang bertindih dengan tanah dan wilayah adat Orang Asli untuk membolehkan pengiktirafan atau perlindungan dan kesejahteraan ke atas tanah dan wilayah adat Orang Asli.

• Mengiktiraf seluruh tanah dan wilayah adat Orang Asli menurut peta komuniti Orang Asli.

• Memansuhkan subseksyen (3) dibawah seksyen 6 dan 7 dalam Akta Orang Asli 1954 (akta 134) pindaan 1974.

• Kerajaan negeri hendaklah menggunapakai UN-DRIP, Deklarasi Terhadap Hak Orang Orang Asli Sejagat sebagai sumber rujukan untuk membangunkan tanah dan wilayah adat Orang Asli.

• Memansuhkan Dasar Pemberimilikan Tanah Orang Asli (DPPTOA) yang tidak membawa apa apa manafaat kepada masyarakat Orang Asli.

Pihak JKOAP amat berharap dengan memorandum ini Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan Menteri Besarnya sedar akan kesempitan permasalah ini yang semakin hari semakin menyempit kehidupan seharian masyarakat Orang Asli di negeri Pahang Darul Makmur.

Avatar photo

Imran Hilmy

is born and raised in Penang Island and throughout of his younger days has a knack of lyrics and poem writings.Loves to read on history, politics and religions. He believes that he has a role in making this world a better place through his capacity as a Citizen Journalist in CJ.MY.