Paintball semakin hangat di Labuan

Paintball semakin hangat di Labuan

Aktiviti riadah ‘Paintball’ kini berkembang dengan pesat di Labuan dan sebuah kedai menjual alat-alat kelengkapan sukan ini telah dibuka dengan rasminya kelmarin.

Antara pemain paintball tegar di Labuan

Aktiviti riadah ‘Paintball’ kini berkembang dengan pesat di Labuan dan sebuah kedai menjual alat-alat kelengkapan sukan ini telah dibuka dengan rasminya kelmarin.

“Pembukaan kedai ini bukanlah untuk bersaing dengan kedai yang telah ada di bandar ini tetapi sebagai satu lagi pilihan kepada pemain paintball di sini serta mengembangkan lagi minat kepada pemain-pemain baru untuk terus berkecimpung dalam sukan ini,” ujar Encik Amirul, pemilik bersama Ultimate Adventure Zone.

Perkembangan sukan paintball di Labuan telah dibuktikan dengan tertubuhnya beberapa kumpulan pemain seperti Labuan Fighter, GHRT, East Cost Legion di mana para pemain terdiri dari pelbagai lapisan bangsa dan latar belakang begitu juga perbedaan jantina dalam kumpulan seperti Brotherhood yang mempunyai pemain wanita.

See also  HWUM students start charity football match for Fugees School

Kemampuan pasukan dari Labuan ini juga dapat dibanggakan kerana walaupun sukan ini mula bertapak kurang dari tiga tahun di Labuan tetapi pasukan Labuan Fighter telah menunjukkan tahap permainan yang konsisten sehingga menduduki tangga ke-6 keseluruhan untuk Divisyen 3 di “Malaysian Paintball Official Circuit (MPOC) / Paintball Asia League Series (PALS)” bagi tahun 2011.

Melihat kejayaan dan kecemerlangan pasukan tahun ini, pengurus pasukan Labuan Fighters berharap mereka boleh menduduki sekurang-kurangnya salah satu daripada 1 0pasukan teratas dalam pertandingan Piala Dunia Paintball yang bakal berlangsung di Langkawi dari 10 hingga 14 November 2011.

Keunikan pertandingan Piala Dunia Paintball tahun ini adalh unik kerana ia akan diadakan di dalam dewan Mahsuri yang berhawa dingin. Ini adalah kali pertama, pertandingan sebegini diadakan di dalam dewan tertutup yang boleh menampung empat padang sekaligus.

See also  MCTF champions sustainability for future workforce

Ridzuan