SK St  Anne Labuan bertanding dalam Choral Speaking peringkat kebangsaan

SK St Anne Labuan bertanding dalam Choral Speaking peringkat kebangsaan

Pertandingan “Choral Speaking” yang bakal berlansung pada 19 October 2011 di Hotel Vistana, Bukit Jambul, Pulau Pinang akan menemukan kesemua wakil-wakil negeri dari seluruh Malaysia.

Rombongan Pelajar dan Guru Pengiring SK St Anne Labuan

Seramai 35 orang pelajar dan enam orang guru pengiring  dari Sekolah Kebangsaan St. Anne, Labuan, telah bertolak ke Pulau Pinang hari ini untuk mewakili Labuan pada pertandingan “Choral Speaking” peringkat kebangsaan.

Pertandingan yang bakal berlansung pada 19 October 2011 di Hotel Vistana, Bukit Jambul, Pulau Pinang akan menemukan kesemua wakil-wakil negeri dari seluruh Malaysia.

Menurut guru pengiring Sk. St. Anne, Puan Nurhani Zawaty Jamaluddin, “Sk. St. Anne telah mula mempersiapkan diri untuk ke pertandingan ini sejak April lalu, iaitu selepas menjadi juara peringkat negeri lagi.”

Pertandingan ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Jabatan Pendidikan Negeri bersempena Festival Bulan Bahasa.

See also  LEGOLAND (R) School Challenge calls young Asian builders 

Ridzuan