Bekas Adun Sanggang meningga dunia di HKL

Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanggang (kini dikenali sebagai DUN Kerdau), Datuk Abdul Halim Mohd Seth, 64, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 9.05 malam tadi akibat komplikasi jangkitan paru-paru dan buah pinggang.

Menurut bekas anggota DUN Kerdau, Datuk Ridzuan Harun, Allahyarham Abdul Halim meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan selepas dimasukan ke hospital itu sejak lima hari lepas.

Allahyarham pernah menjadi wakil rakyat DUN Sanggang selama sepenggal dari tahun 1986 sehingga 1990.

“Jenazah akan disemadikan esokĀ  bersebelahan kubur ayahnya di Tanah Perkuburan Islam Bangau Tanjung selepas sembahyang zuhur,” katanya ketika
dihubungi semalam.

Abdul Halim meninggalkan seorang balu, Hasanah Putih, 53, dan empat anak yang terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan.

– Bernama