Gangguan air di Sri Hartamas akibat kecurian kabel

Kenyataan: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin melaporkan bahawa gangguan bekalan air tidak berjadual telah berlaku di sekitar kawasan Seri Hartamas hari ini berikutan kejadian kecurian kabel bersaiz 400mm dan 300mm di rumah pam Seri Hartamas, Kuala Lumpur.

Ekoran kecurian kabel tersebut, rumah pam Seri Hartamas tidak dapat berfungsi untuk membekalkan air ke kawasan-kawasan terlibat.

Untuk makluman, pihak SYABAS telah menerima aduan berhubung kejadian tersebut sekitar jam 11.00 pagi semalam. Berikutan kejadian tersebut, dianggarkan kira-kira 3,500 akaun terlibat dan kawasan yang dijangka terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini adalah seperti berikut:

1) Keseluruhan Seri Hartamas
2) Kiara View
3) Serene Kiara

Setakat laporan ini dikeluarkan, pihak SYABAS telah mengambil langkah awal dengan melantik kontraktor untuk melakukan kerja-kerja pembaikan serta melakukan pengawalan injap di Kolam Air Seri Hartams dan dijangka kerja- kerja tersebut akan diselesaikan lewat malam ini.

Pihak SYABAS juga telah menyediakan sebanyak tiga (3) buah lori tangki dalam keadaan tunggu sedia sekiranya diperlukan.

Para pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh pembaikan paip tersebut. Mereka yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki ataupun ingin mendapat maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini disaran agar menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252.

Sekian, harap maklum.