Beberapa lorong MRR2 ditutup bagi penyelengaraan

Beberapa lorong MRR2 ditutup bagi penyelengaraan

Beberapa lorong di Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2) ditutup sementara untuk penyelenggaraan sehingga penghujung Disember ini.

Beberapa lorong di Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2) ditutup sementara untuk penyelenggaraan sehingga penghujung Disember ini.

Penutupan itu, dari pukul 10.30 pagi hingga 3.30 petang dan 11 malam hingga 5 pagi melibatkan kawasan hadapan tapak pemainan layang-layang arah ke Kepong,jalan di Daerah Gombak dan Hulu Langat, Simpang Frim, jejantas Bandar Tun Razak, jejantas Kampung Pandan hingga jejantas Taman Kencana dan Bandar Tasik Selatan
ke jejantas LRT.

Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) hari ini JKR juga menutup sementara Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang hingga Bandar Sultan Ismail bermula 10 Okt hingga November ini bermula 11 malam hingga 5 pagi.

Pengguna dinasihat supaya berhati-hati dan memperlahankan kenderaan masing-masing di lokasi itu.

Orang ramai boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan JKR di talian 1300 888 557, atau menghantar SMS ke DAPAT dan hantar ke 32728 atau emel ke laman [email protected] atau melayari laman Facebook dan Twitter JKR untuk maklumat lanjut.
– Bernama