Pengguna Android diminta berhati-hati terhadap ‘malware’

Pengguna Android diminta berhati-hati terhadap ‘malware’

Pengguna telefon Android mesti berhati-hati sebelum memasang aplikasi yang dijual dalam pasaran Android dalam
tempoh kurang 90 hari.

Pengguna telefon Android mesti berhati-hati sebelum memasang aplikasi yang dijual dalam pasaran Android dalam
tempoh kurang 90 hari.

“Malware tidak ada dalam pasaran dalam tempoh yang panjang itu,” kata pengasas Privateer Labs, Riley Hassell.

Beliau berkata demikian pada taklimat media selepas pembentangan “Menggodam Androids untuk Keuntungan” pada Persidangan Hack in the Box Security 2011 semalam.

Hassell juga berkata pengguna Android perlu mengenal pasti sama ada aplikasi itu daripada vendor yang dipercayai.

“Sebagai contoh, jika anda memasang aplikasi Skype, anda perlu mendapatkannya daripada Skype.com, dan bukan daripada vendor lain,” katanya.

Menurutnya “app phishing”, yang membolehkan penggodam memintas nama pengguna dan kata laluan untuk aplikasi popular, dijangkakan semakin popular dalam bulan-bulan akan datang.

See also  Silentmode and Titan Cloud partner to optimize fuel retail operations

Dalam pembentangannya, Hassell menunjukkan aplikasi yang menyamar sebagai Skype untuk memperoleh akses kepada akaun pengguna Skype.

Beliau juga menasihatkat pengguna Android supaya melihat penarafan aplikasi dan membaca ulasannya sebelum meneruskan pemasangan.

“Jika ia mempunyai 30,000 penarafan, ia baik namun jika hanya ada dua penarafan, ia sebaliknya.

“Androids mempunyai proses pengesahan minimum. Oleh itu anda mesti membuat keputusan bijak mengenainya dan tanya diri sendiri sama ada aplikasi anda perlu mengetahui maklumat mengenai anda,” katanya.

Hassell menasihatkan pengguna Android yang memasang malware dalam telefon mereka supaya mengembalikannya kepada “default”.

“Anda mungkin hilang gambar peribadi dalam telefon, namun Android bersih daripada sebarang malware,” katanya.

See also  Silentmode and Titan Cloud partner to optimize fuel retail operations

Privateer Labs ialah syarikat keselamatan produk dan perkhidmatan yang memeliki pengalaman keselamatan melebihi 30 tahun.

Persidangan The Hack in the Box Security yang terbesar di Asia dan persidangan keselamatan rangkaian paling popular, menghimpunkan pakar-pakar keselamatan utama yang disegani untuk latihan teknikal amali serta pembentangan kajian.

– Bernama