Titik peluh Guru adalah perjuangan

TAWAU – Malam Citra Warna Pewanis “Anggun Berketerampilan” di Hotel Promenade Tawau.

 

TAWAU: Peranan guru-guru dalam kerajaan amat besar dan penting untuk membangunkan modal insan yang berwibawa, kreatif dan berinovasi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, Hamisa Samat berkata, usaha memartabatkan profesion perguruan adalah suatu proses berterusan yang menjadi agenda utama kerajaan.

Ini jelas membuktikan kerajaan sangat menghargai titik peluh guru yang menabur bakti tanpa rasa jemu; bagi melahirkan generasi baru yang berpendidikan, rasional dan bersyukur, kata Hamisa.

Katanya lagi, dedikasi seseorang guru amat dituntut agar semua proses transformasi pendidikan negara dapat direalisasikan dengan cemerlang.

“Ini akan dapat melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif untuk memacu kemajuan negara pada masa depan yang gemilang,” kata beliau ketika berucap merasmikan Malam Citra Warna Pewanis “Anggun Berketerampilan” di Hotel Promenade Tawau, kelmarin.

See also  APU welcomes Fulbright Scholar Dr. Kelly McKenna

Rakyat perlu bersyukur kerana prestasi kemajuan negara kita berada pada tahap yang membanggakan berbanding negara-negara lain yang seangkatan dan seusia dengan negara kita, kata beliau lagi.

“Kita tidak seharusnya berpuas hati dengan apa yang kita miliki. Kita semestinya sedar dan insaf bahawa perjuangan ini masih jauh dan tuntutan serta cabaran masa depan jauh lebih getir dan amat mencabar.”

“Bidang pendidikan sememangnya diletakkan pada kedudukan istimewa dalam pentadbiran negara menerusi penyediaan peruntukan yang besar dalam bajet tahunan kerajaan.” Tambah beliau.

Jelasnya ini kerana sistem pendidikan negara adalah yang terbaik di Asia seperti dalam aspek prasarana, kebajikan guru, kemudahan pendidikan dan sebagainya.

See also  Goodday KidSTART 2.0 returns to nurture young entrepreneurs

Malis itu turut diserikan dendangan daripada guru-guru, Pertandingan ‘Catwalk’, Pertandingan Ratu Anggun Kategori Ibu, Pertandingan Ratu Anggun Kategori Puteri, Persembahan Karaoke, Persembahan Tarian dan Cabutan Tiket Bertuah.

Turut hadir sama Pengerusi Persatuan Wanita Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (PeWanis) Maimunah Ali Osman, Pengerusi Induk PeWanis Nurul Umairah Chong serta ahli-ahli PeWanis cawangan Tawau .

Gary Louis Supi